Assalamualaikum Muslimin dan Muslimat sekalian...
Disini Kami Sekeluarga mengucapkan 'Selamat Meyambut Tahun Baru Hijrah 1430' Semoga kita sentiasa dalam Lindungan dan Rahmat ALLAH SWT. Sihat Sejahtera, Di murahkan dan diperluaskan lagi Rezeki, Yang terutama sekali ialah melipat gandakan lagi Segala Amalan kita kepada ALLAH SWT, dan juga semoga amal perbuatan kita diterima olehnya jua. Amin.............
Tuesday, December 30, 2008
Saturday, December 27, 2008
LFC MENANG LAGI
Al Fatihah
Assalamualaikum....
Takziah buat PG MUHD ISKANDAR SHAH BIN PG DP HJ SALIM & NORANI BINTI METSERUDDIN
Di atas kembalinya Anak Tersayang 'DK ZAKIRAH WADEEAH' pada 24 Disember 2008 Bersamaan dengan 27 Zulhijjah 1429 (Hari Rabu Malam Khamis) Di Rumah Sakit Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, BSB. Semoga Rohnya dicucuri Rahmat. Amin Ya Rabil Alamin......AL FATIHAH.
Takziah buat PG MUHD ISKANDAR SHAH BIN PG DP HJ SALIM & NORANI BINTI METSERUDDIN
Di atas kembalinya Anak Tersayang 'DK ZAKIRAH WADEEAH' pada 24 Disember 2008 Bersamaan dengan 27 Zulhijjah 1429 (Hari Rabu Malam Khamis) Di Rumah Sakit Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, BSB. Semoga Rohnya dicucuri Rahmat. Amin Ya Rabil Alamin......AL FATIHAH.
Kami tetap akan sentiasa mengingati mu selalu....
WE ALWAYS LOVE U ZAKIRAH..
Wassalam...
Monday, December 22, 2008
CAKE
SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN BAPA N MAMA
Salam...........
Disini kami ingin mengucapkan 'Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan Bapa n Mama yang ke 43 Tahun' PG DATO PADUKA HJ SALIM BIN PG WAHID n DATIN DYG MASNI BINTI DURANI'.
Semoga ALLAH SWT sentiasa memberikan Limpahan Rahmat yang tidak terhingga kepada biskita Berdua, Dipanjangkan Usia, dimurahkan rezeki, Sihat Walafiat, Berbahagiakan Selalu disamping Keluarga Tersayang, Peluk cium dari kami semua yang menyayangi biskita berdua. Jasa Kita berdua tidak dapat kami lupakan hingga keakhir hayat kami....
EPL : LIVERPOOL SERI LAGI
Saturday, December 20, 2008
Renungan "Teka Teki"
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya
(Teka Teki ):
Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan ' Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.
Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'
IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'
Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '
Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? 'Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang 'Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '
Renungkanlah......untuk Peringatan Kita Bersama
Wassalam....
(Teka Teki ):
Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan ' Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.
Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'
IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'
Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '
Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? 'Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang 'Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '
Renungkanlah......untuk Peringatan Kita Bersama
Wassalam....
BERIMAN DALAM MEMPERINGATI HARI KEBANGKITAN (KIAMAT)
MARILAH kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dalam melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang yang mendapat rahmat Allah Subhanahu Wata’ala di dunia mahupun di akhirat.
Sebagai umat Islam kita wajib beriman kepada Rukun Iman yang enam yang salah satu daripadanya ialah ‘Percaya kepada Hari Kiamat.’ Hari Kiamat yang disebut juga Hari Kebangkitan itu tetap akan berlaku, hanya manusia tidak mengetahui bilakah berlakunya kecuali Allah Subhanahu Wata’ala. Pada hari itulah seluruh umat manusia akan dihimpunkan untuk di hisab segala amal perbuatan mereka yang telah dilakukan ketika berada di dunia dan akan menerima pembalasan yang setimpal dari amal yang mereka kerjakan dari Allah Subhanahu Wata’ala dengan seadil-adilnya.
Apabila datangnya Hari Kiamat, ketika itulah sangkakala ditiup dan seluruh makhluk yang hidup di dunia ini akan mati. Ketika kejadian dahsyat itu menimpa dunia, berlakulah goncangan bumi yang amat mengerikan, langit-langit beserta isi alam ini akan menjadi kacau-bilau, bumi digoncangkan dengan sedahsyat-dahsyatnya, gunung-ganang berterbangan dan hancur luluh dengan sehancur-hancurnya, binatang-binatang berguguran, matahari telah digulung sehingga tidak bercahaya lagi, lautan yang besar meluap-luap dengan gelombang yang bergulung-gulung menghancurkan dan menelan setiap yang ada dipermukaan. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Haaqqah ayat 13 - 15, tafsirnya:
"Kemudian ketahuilah bahawa apabila ditiup sangkakala dengan sekali tiup dan bumi serta gunung-ganang di angkat dari tempatnya lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur, maka pada saat itu berlakulah Hari Kiamat."
Begitulah dahsyatnya keadaan Kiamat pada tiupan sangkakala yang pertama itu sehingga jika ada para ibu yang menyusukan anak akan menjadi bingung, wanita-wanita hamil menjadi keguguran, manusia berlari-lari kebingungan dan ketakutan. Mereka seperti dalam keadaan mabuk akibat terlalu ketakutan. Begitulah azab Allah yang amat berat lagi mengerikan.
Setelah berlaku tiupan sangkakala yang pertama, Allah memerintahkan Malaikat I’srafil meniup sangkakala kali kedua untuk kebangkitan semula. Pada kali ini, semua manusia akan diadili berdasarkan amalan mereka di dunia dahulu. Mereka tidak akan dizalimi, tidak akan diseksa kecuali disebabkan dosa mereka. Semua ini berdasarkan catatan dua malaikat yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala untuk mencatat segala kebaikan dan keburukan yang dilakukan oleh umat manusia ketika di dunia tanpa sedikit pun ditambah atau dikurangi dari amal-amal perbuatan yang pernah dilakukan, hatta sebesar zarrah akan tetap diadili oleh Allah Subhanahu Wata’ala. Catatan tersebut ditutup apabila manusia telah mati, tetapi setelah tiba Hari Pengadilan, bukan amal itu diberikan serta dibuka di hadapan mereka masing-masing.
Pada ketika itu manusia akan mengetahui amal kebaikan atau keburukan yang mereka lakukan ketika berada di dunia. Di saat itu tiada siapa yang dapat mengubah catatan berkenaan. Masing-masing akan menerima hasil perbuatan mereka dalam bentuk buku catatan amalan mereka. Jika diberi dan diterima dengan tangan kanan, berbahagialah si penerimanya kerana itulah tanda bahawa keikmatan hidup di syurga bakal menantinya.
Syurga merupakan balasan dan ganjaran yang penuh kenikmatan dan kebahagiaan bagi mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata’ala, yang berjuang di jalan Allah, menegakkan kebenaran, mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wata’ala.
Tetapi amat malang bagi mereka yang menerima buku catatan amalan mereka dengan tangan kiri kerana balasan ke atas mereka adalah neraka yang disediakan bagi mereka yang ingkar kepada Allah Subhanahu Wata’ala, manusia yang zalim, yang kafir, yang ingkar kepada kebenaran Al-Qur’an dan orang yang suka berbuat kemaksiatan semasa hidupnya di dunia. Pada ketika itu barulah mereka berkata menyesal. Ini jelas disebutkan dalam Surah Al Haaqqah ayat 27 - 29, tafsirnya :
"Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi). Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikit pun, kuasa-kuasaku dan hujah-hujahku membela diri telah dibinasakan dan hilang lenyap dariku."
Ketika itu malaikat penjaga neraka diperintahkan menangkap orang-orang yang berdosa itu serta membelenggu mereka, kemudian mereka dibakar di Neraka Jahanam. Tubuh mereka dibelit dengan lingkaran rantai besi yang ukuran panjangnya 70 hasta.
Demikianlah gambaran betapa dahsyatnya Hari Kiamat atau Hari Kebangkitan itu, kerana itulah peringatan ini diulang-ulang oleh Allah Subhanahu Wata’ala di dalam Al-Qur’an agar manusia menjadikannya pengajaran, peringatan serta ikhtibar, sehingga mereka tidak tergolong di kalangan orang-orang yang sesat dan ingkar akan kebenaran Hari Pembalasan tersebut.
Ingatlah bahawa dunia ini hanya pinjaman dan inilah ketikanya untuk kita menentukan masa depan kita di akhirat nanti. Jika kita seorang yang taat perintah Allah pasti kegembiraan dan kebahagiaan yang akan diperolehi, tetapi jika seorang yang ingkar perintah Allah, hidup bergelombang dosa dan maksiat, maka kesengsaraanlah yang akan menanti. Bukankah Allah telah memperingatkan bahawa sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan merekalah yang merubahnya. Kerana itu kita perlu sedar jika kita telah banyak melakukan kesalahan dan dosa, bertaubatlah dengan segera. Jangan tunggu sehingga nyawa dikerongkong baru hendak bertaubat, kerana pada ketika itu tidak ada gunanya lagi.
Oleh itu sebagai umat Islam amalkanlah ajaran Islam itu secara menyeluruh, bukan sebahagian-sebahagiannya sahaja. Kerjakanlah segala yang diperintahkan Allah meskipun berat, tinggalkan segala yang dilarang walaupun pada kebiasaannya maksiat dan dosa itu menjanjikan keindahan dan keseronokkan, sedangkan hakikatnya akan mendatangkan kesusahan dan kesengsaraan di akhirat kelak. Apakah dengan peringatan Allah tentang Hari Kiamat kelak kita masih belum mahu insaf dan sedar? Ingatlah bahawa penyelesaian pada hari itu sudah tiada ertinya lagi. Oleh itu jika kita mahu selamat di dunia dan di akhirat, berpegang teguhlah kepada ajaran Al-Qur’an kerana sesungguhnya Al-Qur’an itu tetap menjadi peringatan dan pedoman bagi orang-orang yang bertaqwa. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah At-Takwiir ayat 26 -29, tafsirnya :
"Dengan yang demikian, maka ke manakah kamu hendak pergi kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Qur’an? Al-Qur’an itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam, iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan Islam yang betul. Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu mengenai sesuatu pun. Kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam."
Buatlah perhitungan ke atas diri kita sebelum kita diperhitungkan. Jangan lalai dan leka dengan keseronokan dunia semata-mata. Beramallah sebelum terlambat dengan memperbanyakkan istighfar, taubat dan muhasabah diri sendiri. Ingatlah hidup ini hanya sementara dan amal kebaikan sahaja yang akan dapat menolong dan menyelamatkan kita di Hari Kiamat kelak. Mudah-mudahan dengan demikian kita menjadi hamba Allah yang akan mendapat Husnuul Khatimah (kesudahan yang baik) dan bukan Su’uul Khatimah (kesudahan yang buruk). Amin Ya Rabal’alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Az Zalzalah ayat 6 - 8, tafsirnya :
"Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka balasan pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya. Barangsiapa yang mengerjakan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula."
Gambar Beramai yang di abadikan....
Salam All.......eheheheh ani gambar kenangan semasa sambutan ulang tahun Indra ke 27 tahun n jua sambutan tahun baru 2008. C...Danish kai baju hijau duduk didepan ah.. cana handsomekah? ehehehe btw Syaheerah masa a2 still dalam perut ibunya kira2 dalam kandungan 7 bulan.
Masa a2 kami ada buat "Lucky draw', semua kami membawa hadiah masing2 n semua jua ampit hadiah ah kami exchange saja. eheheheheheh, Yang sioknya Ibu nisya dapat kain n ayah nisya dapat Easi kad. Boleh lah katakan Siok berabis...
"Iatah ganya gambar yang kami semua ada ni ah....Ani gambar terakhir yang dapat kami di abadikan bersama 'Bungsu'. Semoga ALLAH mencucuri Rahmat ke atas Bungsu.......
AL FATIHAH..."
Wassalam.....
MANISNYA IMAN
Assalamualaikum Semua.........
Ani adalah untuk renungan bersama
Ani adalah untuk renungan bersama
MANISNYA IMAN
“ALLAH memberikan hikmat kebijaksanaan ilmu yang berguna kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya menurut aturan yang ditentukan-Nya. Dan sesiapa yang diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikiran.” - Surah Al-Baqarah ayat 269.
Thursday, December 18, 2008
SAMBUT JEMAAH HAJI DENGAN RASA KESYUKURAN
MARILAH kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dalam melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang yang mendapat rahmat Allah Subhanahu Wata’ala di dunia mahupun di akhirat. Alhamdulillah, kini jemaah haji telah pun selesai mengerjakan ibadat haji, kita berdoa semoga para jemaah haji beroleh haji yang mabrur dan amalan mereka diterima oleh Allah Subhanahu Wata’ala dan seterusnya kembali ke tanah air dengan selamat, insya-Allah. Tidak dinafikan pada masa ini, kaum keluarga dan sanak-saudara jemaah haji yang berada di tanah air sudah setentunya telah merancang untuk membuat persiapan bagi menyambut kepulangan ahli keluarga mereka yang akan pulang ke tanah air dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan, namun dalam kesibukan membuat persediaan menyambut ketibaan dhuyufurahman (tetamu Allah) itu, kita hendaklah sentiasa beringat supaya sambutan yang diadakan ini nanti tidak bertentangan dengan hukum agama kita. Perlu kita fahami bahawa sambutan tersebut diadakan adalah sebagai menzahirkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana para jemaah haji telah selesai mengerjakan ibadat haji serta di atas keperluan mereka dari Tanah Suci Mekah Al-Mukaramah. Oleh yang demikian kita bolehlah mengadakannya secara sederhana mengikut kemampuan masing-masing dan elakkanlah dari berbelanja berlebih-lebihan kerana agama Islam melarang umatnya dari melakukan pembaziran. Sebagaimana kelaziman orang kita di Brunei, apabila menyambut kepulangan jemaah haji akan mendirikan pintu-pintu gerbang dan kain rentang yang mengandungi perkataan 'Semoga Beroleh Haji Yang Mabrur' dan ada pula dengan perkataan 'Selamat Pulang Ke Tanah Air' dan sebagainya, ada juga yang meraikannya dengan mengadakan Majlis Dikir Marhaban. Perbuatan sedemikian tidak menjadi kesalahan selagi niat semata-mata untuk memuliakan dan menghormati kedatangan orang-orang haji tersebut serta menzahirkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wata’ala, bukannya untuk menunjuk-nunjuk atau ria. Apa yang penting janganlah menganggap perkara tersebut suatu kewajipan yang mesti dilakukan sehingga membebankan. Kalau dahulunya orang menyambut ketibaan jemaah haji yang sampai di rumah dengan taburan beras kuning dan wang syiling, serta menghamparkan kain untuk laluan jemaah haji yang pulang, namun Alhamdulillah amalan tersebut tidak lagi dilakukan. Ini jelas membuktikan betapa orang-orang kita Brunei sudah menyedari dan mengetahui amalan-amalan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka, apatah lagi amalan tersebut hanya membawa kepada perbuatan dosa bilamana orang-orang yang datang meraikan ketibaan jemaah haji itu berebut-rebut dan bercampur di antara lelaki dan perempuan tanpa mengira mahram atau bukan mahram demi untuk mendapatkan wang syiling, kain dan sebagainya dengan kepercayaan untuk memperolehi berkat.
Agama Islam telah mengajarkan adab-adab yang digalakkan untuk melakukannya ketika menyambut kepulangan jemaah haji, antaranya kita disunatkan untuk bersalaman dan berjabat tangan serta berpelukan, sambil mengucapkan, maksudnya: "Semoga Allah menerima ibadat haji engkau dan mengampukan dosa engkau serta menggantikan perbelanjaan yang telah engkau keluarkan". Dalam perkara bersalaman dan berpelukan itu, perlulah diingat bahawa hendaklah di antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan sahaja, atau sama mahramnya sahaja.
Selain dari itu, adalah elok juga bagi mereka yang menyambut ketibaan orang haji itu meminta doakan kepada orang-orang yang baru balik haji, kerana doa mereka adalah mustajab, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya : "Dari Ibnu Umar Radiallahuanhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Apabila engkau bertemu orang haji (yang baru balik haji) maka bersalamlah dengannya dan berjabat tanganlah dengannya dan suruhlah dia berdoa memohon keampunan untuk dirimu sebelum dia masuk ke rumahnya, maka sesungguhnya dia itu telah mendapat keampunan Allah Ta’ala (doanya adalah dimakbulkan)". - Riwayat Al-Imam Ahmad.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga ada mengajarkan supaya orang-orang haji itu sendiri apabila ia hendak sampai ke rumah, sunat baginya untuk singgah ke masjid terlebih dahulu dan melakukan Sembahyang Sunat Dua Rakaat. Dan apabila sampai ke rumahnya pula, dia bersembahyang lagi dua rakaat dan berdoa serta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala di atas selamatnya dia kembali kepangkuan kaum keluarganya. Demikianlah wahai kaum Muslimin di antara beberapa amalan dan adab bagi orang yang balik dari menunaikan ibadat haji dan orang yang menyambut kedatangan mereka, maka ikutlah panduan tersebut dan janganlah melakukan amalan-amalan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam semata-mata hanya untuk mengikut kebiasaan dan adat resam. Janganlah sampai kita melakukan perkara-perkara yang di anggap bid’aah sai’at atau bid’aah dhalalah, yang boleh menyebabkan kita masuk Neraka, Na’uzubillahi Minzalik. Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga jemaah haji khususnya jemaah haji Negara Brunei Darussalam mendapat haji yang mabrur dan Selamat Kembali Ke Tanah Air. Amin Ya Rabal ‘alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ali ‘Imran ayat 31, tafsirnya : "Katakanlah wahai Muhammad, jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah Mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan ingatlah Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi"
Assalamualaikum Semua.......N Apa Khabar? Harapan Semoga Semuanya Sihat2 Saja. Lama udah nda meupdated blog ani. Manakan sibuk saja bah.... Btw Happy Belated B'day 2 Abg Azizul (Atoy) pada 4 Dis n Also 2 Abg Along (Liwauddien) hari Ani... So nada Hadiah diberikan Semoga Semuanya Sihat Walafiat, Menjadi anak yang soleh, beriman, berilmu n dipanjangkan usia. Amin.........
So nothing kan d cetakan ganya Kan menucapkan Selamat Datang Tahun Baru Hijrah 1430 and 2009 masehi. Banyak perkara yang berlaku dan pengajaran dalam tahun ani...Ada Suka, Ada Duka, Ada yang Ketawa dan Ada yang menangis. Mungkin a2 lah lumrah setiap yang hidup apa yang pasti sesuatu itu ada hikmah disebaliknya.
So, Inda salah n lambat rasanya x ah kan mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Adha o Korban'. N kepada Jamaah Haji Selamat Pergi dan Kembali ke Tanahair n Semoga mendapat Haji Yang mabrur dan diterima disisi ALLAH SWT, Amin.............
So nothing kan d cetakan ganya Kan menucapkan Selamat Datang Tahun Baru Hijrah 1430 and 2009 masehi. Banyak perkara yang berlaku dan pengajaran dalam tahun ani...Ada Suka, Ada Duka, Ada yang Ketawa dan Ada yang menangis. Mungkin a2 lah lumrah setiap yang hidup apa yang pasti sesuatu itu ada hikmah disebaliknya.
So, Inda salah n lambat rasanya x ah kan mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Adha o Korban'. N kepada Jamaah Haji Selamat Pergi dan Kembali ke Tanahair n Semoga mendapat Haji Yang mabrur dan diterima disisi ALLAH SWT, Amin.............
Wednesday, December 10, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)