Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics & Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics

myspace

Tuesday, March 31, 2009

Happy B'day Syaheerah

Salam All................
Hari ani Syaheerah Manshuurah menjangkau usia 1 Tahun.
" Semoga Baby Sentiasa di dalam Lindungan ALLAH SWT , Dipanjangkan Umur, Menjadi Anak yang Beriman & Solehah, Menjadi anak yang Pintar"

Monday, March 30, 2009

BANTU KERAJAAN KUKUHKAN EKONOMI NEGARA

MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Sememangnya setiap negara sangat bergantung kepada pembangunan dan perkembangan ekonomi yang baik lagi mantap bagi menjamin kestabilan politik serta bagi mengukuhkan keamanan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk negara tersebut. Namun pada masa kini, dunia dilanda kerisis ekonomi global yang bukan sahaja melanda negara-negara Barat, negara-negara di Eropah dan di Asia Timur, bahkan negara kita juga tidak terlepas daripada mengalami kesan yang sama terutama kerana harga minyak telah jatuh dari USD147 pada Ogos lalu, kepada USD40 setong ketika ini.
Tidak dinafikan kemelut kegawatan ekonomi boleh menjejaskan sumber pendapatan negara serta boleh mempengaruhi kemajuan dalam pelbagai bidang khasnya perniagaan. Di kebanyakan negara luar kesannya sangat ketara apabila banyak syarikat perniagaan yang mengalami kerugian telah mengambil tindakan mengurangkan tenaga pekerja bagi menangani masalah kos yang dihadapi. Ini menyebabkan jumlah pengangguran semakin meningkat dan sudah setentunya mendatangkan masalah yang lebih berat bukan sahaja kepada keluarga dan masyarakat bahkan juga kepada negara.
Melihat kepada masalah yang dihadapi oleh negara luar, sudah setentunya kita tidak mahu perkara yang sama dialami oleh negara kita. Oleh itu, sebagai rakyat dan penduduk negara ini, kita adalah bertanggungjawab membantu pihak kerajaan dalam usaha untuk mengukuhkan ekonomi negara supaya lebih mantap dan teguh.
Sebagaimana kita ketahui bahawa bidang perniagaan dan perdagangan merupakan antara faktor utama yang menyokong perkembangan ekonomi negara dan ia tidak akan berjalan dengan baik tanpa kerjasama kedua belah pihak iaitu di antara penjual atau pedagang dengan pembeli atau pengguna. Maka kedua belah pihak tersebut hendaklah sama-sama bertanggungjawab memikul amanah supaya pertumbuhan ekonomi negara dapat berkembang dengan sihat dan stabil. Sebagai penjual hendaklah jujur dalam berniaga kerana kita tahu peniaga yang tidak jujur akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih seperti menjual barang atau makanan yang telah rosak atau luput tarikh mansuh, menaikkan harga barang sesuka hati dan sebagainya. Semua itu boleh membebankan pembeli atau pengguna lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang kecil.
Sebagai pembeli pula hendaklah berjimat dalam berbelanja dan tidak membazir, apatah lagi orang yang membazir itu adalah saudara syaitan sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Israa’ ayat 27, tafsirnya :
"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
Oleh itu, kita hendaklah bijak mengatur perbelanjaan, dengan membeli hanya barang-barang yang diperlukan sahaja untuk diri dan keluarga yang meliputi perbelanjaan untuk makan minum, tempat tinggal yang selesa, persekolahan anak-anak, pengangkutan, kelas tambahan, rawatan dan perubatan dan sebagainya. Perbelanjaan yang teratur dan tersusun tersebut dapat mengelakkan dari membeli barang yang tidak perlu dan ini memberi peluang kepada kita untuk menyimpan lebihan baki wang pendapatan sebagai simpanan untuk keperluan masa akan datang, ataupun kita boleh menggunakan wang tersebut untuk melabur, tetapi hendaklah melalui institusi kewangan yang diiktiraf dan sah.
Menabung dan melabur wang adalah amalan yang baik lagi menguntungkan, kerana ia dapat menjamin masa depan yang lebih cerah, bak kata pepatah ‘sediakan payung sebelum hujan’, malahan ia juga dapat membantu menstabilkan dan mengukuhkan ekonomi keluarga dan negara.
Namun tidak dinafikan pada zaman ini banyak tipu helah yang digunakan oleh orang yang tamak dan tidak bertanggungjawab untuk mendapat keuntungan yang cepat dan banyak walaupun dengan cara menipu, antaranya menawarkan satu skim yang kononnya boleh memberikan peluang modal yang cepat serta mendatangkan hasil yang lumayan atau berlipat ganda dalam masa yang singkat kepada orang yang mahu melabur dalam produk yang diiklankan.
Keinginan untuk cepat kaya dengan jalan mudah tanpa perlu bersusah payah telah menghilangkan pertimbangan waras di kalangan segelintir masyarakat kita hingga sanggup mengeluarkan wang simpanan mereka, malahan ada yang sanggup berhutang semata-mata untuk melabur di dalam skim tersebut. Pandangan mereka dikaburi dengan pulangan wang yang banyak, yang kononnya adalah hasil dari keuntungan perniagaan yang dijalankan, sedangkan keuntungan yang didakwa dibayar kepada para peserta itu sebenarnya adalah dari wang para pendeposit sendiri dan keuntungan tersebut hanyalah diterima oleh peserta yang awal menyertainya sahaja yang bertujuan untuk memancing minat orang ramai untuk turut sama menyertai skim tersebut. Dari itu, berhati-hatilah, jangan kerana mahu dapat untung besar dan cepat akhirnya menjadi mangsa penipuan yang hanya merugikan diri sendiri.
Selain dari itu bagi membantu mengukuhkan kemajuan ekonomi negara, kita hendaklah memberi sokongan dan dukungan yang padu dalam memberikan perkhidmatan sama ada berkhidmat dalam kerajaan atau sektor swasta, antaranya ialah dengan bersifat amanah dan bersungguh-sungguh dalam bekerja. Amalan sedemikian dapat mengelakkan kita dari melakukan kerja secara sembarana, senghaja melambat-lambatkan kerja dan lebih penting lagi dapat mengelakkan kita dari terjebak kepada perbuatan yang keji seperti rasuah, salah guna kuasa dan sebaginya. Amalan yang tidak baik itu mestilah dibendung kerana kesannya bukan sahaja boleh melumpuhkan organisasi tersebut bahkan boleh menghancurkan masa depan individu itu sendiri dan juga negara.
Sememangnya kesan buruk dari kegawatan ekonomi yang melanda dunia masa kini tidak dapat dielakkan sepenuhnya, namun sebagai rakyat dan penduduk yang cintakan negara sudah tentu tidak mahu masalah ekonomi tersebut menjejaskan kestabilan politik dan keselamatan negara. Dalam hal ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ada bertitah di Majlis Pembukaan Persidangan Musim Permasyuaratan Ke-5 Majlis Masyuarat Negara pada 12 Mac 2009 yang lalu, antara petikan titah baginda, "Kejatuhan harga minyak secara mendadak, perlu dihadapi dengan lebih bijak dalam berbelanja, termasuk mengelak segala bentuk pembaziran." Maka antara langkah yang baik bagi membantu pihak kerajaan dan juga diri sendiri ialah dengan mengamalkan sikap bersederhana, berbelanja mengikut kemampuan diri, tidak membazir dan berusaha dengan rajin dalam mencari rezeki dengan cara yang halal.
Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga Allah Subhanahu Wata’ala melimpahkan ke atas kita dan negara kita dengan rahmat dan berkat dan memberikan nikmat rezeki yang banyak sehingga kita dapat menikmati kehidupan ini dengan aman dan bahagia, di dunia dan di akhirat.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Furqaan ayat 67, tafsirnya :
"Dan juga mereka yang diredai Allah itu yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut. Dan sebaliknya perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil)."

Apa Khabar Semua?

Assalamualaikum Semua........
Apa khabar? Harap-harap semua dalam keadaan Sihat Walafiat. Lama udah inda Up dated Blog Ani . Rasanya banyak dicetakan ni ah.
1st Of All..today Danish Back 2 School. eheheheheh payah kan bangun biasalah seminggu cuti a2 akhir sahaja kan bgn. Apa nah Di bgnkan Abg nya Adek plang bgn mcm ia plg kan skulah. :).
So, Hpy Belated B'day 2 Abg GG yesterday. Also 2 Abg Nabil n Kaka Mia dorg B'day jua dalam Bulan March ani. So nada Ada Hadiah kan dberikan Hanyalah Sekalung DOA Ikhlas dari Kami "Semoga Dipanjang umur, Dimurahkan Rezeki, Sihat Walafiat dan Sentiasa dilandungi ALLAH SWT. Amin Ya Rabil Alamin.......... "
K we Start at 20 of March ah, Kaka Waya o Bu Kuncui Ke Singapura masa cuti skulah ani ani. Ia Mendagni Dorg Disana, So Bungsu n Nurul balik on the 22nd March. So far keadaan Ngangah Ada juga berkurangannya Alhamdullillah keadaanya Sihat Walafiat. Semoga Ngangah akan Sembuh dan baik mcm Sedia kalanya. Amin... On the 22nd Jua Kaka Liza N Alya Terbang ke Singapura jua, Alya Miss her Daddy Eheheheheh. To Kaka Alya Siok tah Naik Aeroplane a2? Eheheheh.... Nanti tah sahaja Danish n Syaheerah naik Aeroplane eh...
Dalam 3 of Week of this month, Ibu, Danish n Syaheerah Bedamaman n Selesma. So masa ani Alhamdulillah jualah Sihat Walafiat. This coz of The Weather yang masa ani nda betantu, panasnya bukan main panas, panas banar ani wah eheheheh Emosi banar .......eheheh. Semoga keadaannya cuaca mcm ani berunsur baik. Iatah Danish ada Request mau Tidur Di Hotel Rizqun Gdg ah. So masa ani alum dapat dijanjikan until Cuti Akhir tahun Skulah, InsyaALLAH nanti sahaja bawa dorg bermalam di Hotel ah... Kesiokan ia bah tidur dihotel a2, katnya dapat Swimming:).
2 our Baby Syaheerah Manshuurah Esok Genaplah berusia Satu Tahun. Eheheheheh Mana Giginya.....?. Apa nah ari2 ia kan ikut Ayah n Ibunya kan berjalan bekerja x ah.... liat sahaja tah inda dibawa Mua nya Marung.. Saja. Eheheheh tau udah kan berjalan ani wah........:). So Esok Potong Kek Sahaja Ah dan baca Doa Sikit. "Semoga Menjadi Anak yang Beriman, Solehah, menjadi anak yang berguna kepada Ugama, bangsa dan Negara. Sentiasa dalam lindungan ALLAH SWT jua. Amin......ya Rabil Alamin.........
K nanti g yambung ah..... Wassalam.

Thursday, March 12, 2009

BANYAK BERSALAWAT BESAR GANJARANNYA

MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Kita sedang berada di bulan Rabiulawal, bulan yang mencatatkan peristiwa penting dalam sejarah Islam. Di mana apabila tibanya 12 Rabiulawal setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia akan sama-sama mengingati tarikh Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang diutus sebagai Rasul akhir zaman telah membawa sinar kebahagiaan kepada manusia dan rahmat kepada seluruh alam. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Anbiyaa’ ayat 107, tafsirnya :
"Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
Sejarah telah membuktikan bahawa perjalanan kehidupan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam tugasnya menyebarkan dakwah Islam yang mulia ini penuh dengan peristiwa pahit dan getir, Baginda pernah dikeji, dihina, diugut, dibaling dengan batu sehingga berdarah, dimusuhi dan dipulaukan oleh sebilangan dari kaum keluarganya, namun untuk meninggalkan amanah Allah ini tidak sekali-kali terlintas di dalam jiwa Baginda.
Walaupun Baginda hidup dalam suasana masyarakat jahiliah yang sesat, Baginda sekali-kali tidak terikut-ikut dan terpengaruh dengan cara hidup masyarakat jahiliah tersebut seperti penyembahan berhala, minum arak, berjudi dan berhibur. Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga menerima berbagai-bagai ujian, di mana sejak kecil lagi Baginda menjadi yatim piatu dengan kewafatan ayahanda dan bonda yang tercinta. Kemudian Baginda dijaga oleh datuknya Abdul Mutalib, tetapi Allah Subhanahu Wata’ala sekali lagi menguji Baginda dengan kewafatan datuknya ketika Baginda berusia lapan tahun dan kemudian Baginda dijaga oleh bapa saudaranya Abu Talib.
Cuba kita bayangkan, bagaimana Baginda, orang yang bakal melaksanakan tugas menyebarkan dakwah Islam yang begitu besar dan berat telah diuji dengan kehilangan ahli keluarga ketika usianya yang masih kecil. Tetapi Allah Maha Penentu segala-galanya, di mana setiap sesuatu yang berlaku mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Ujian kewafatan ahli keluarga tercinta telah mendidik Baginda supaya menjadi seorang yang cepat matang, tabah dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain.
Justeru itu, kita wajib beriman kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan-Nya, mudah-mudahan kita beroleh kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Hasyr ayat 7, tafsirnya :
“Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka ambillah akan ia serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab seksa-Nya bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya.”
Allah Subhanahu Wata’ala memerintahkan kita supaya cinta dan kasihkan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dengan mengikut sunnah yang dibawanya. Jika kita mencintai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, kita setentunya banyak menyebut-nyebut Baginda, syair Arab ada berkata,ertinya :
"Barang siapa menyukai sesuatu itu, akan banyaklah dia menyebut-nyebutnya."
Bagaimanakah caranya untuk kita menyebut nama Baginda sehingga boleh membawa keuntungan? Jawabnya ialah dengan berselawat. Semakin banyak kita berselawat, semakin besar ganjaran yang bakal diterima, bukan sahaja di akhirat malahan juga di dunia ini. Di antara kelebihan berselawat itu ialah :
- Allah Subhanahu Wata’ala akan berselawat (memberi rahmat, cahaya dan hidayah) kepada orang yang berselawat.
- Akan mendapat syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam di akhirat nanti.
- Diangkat baginya sepuluh darjat, dicatatkan baginya sepuluh kebajikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan.
- Dimakbulkan doanya dan ditunaikan segala hajatnya dan ditutup segala aibnya.
- Mendapat petunjuk serta hatinya hidup untuk menerima kebenaran.
- Terlepas daripada huru-hara Hari Kiamat.
Dalam hal ini, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ada bersabda dalam hadis Baginda, maksudnya :
Dari Abdillah bin Masuud Radiallahuanhu, bahawasanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Manusia yang paling utama bersamaku pada Hari Kiamat ialah orang yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku." (Riwayat Al-Imam At-Tirmidzi).
Sesungguhnya banyak jenis selawat yang boleh diamalkan. Di antaranya selawat Ibrahimiah, selawat Al Munjiah, selawat Syifa’, selawat At Tafrijiah atau An Naariah dan lain-lain lagi. Semuanya itu disebutkan keutamaan-keutamaannya setelah ia diamalkan oleh orang-orang salih.
Selawat Al Munjiah misalnya, yang amat masyhur kelebihannya telah disebutkan oleh Al-Imam Al Faqihanni setelah mendengar daripada Ash Syeikh Musa Ad Darir Rahimahullah, bahawa Ash Syeikh Musa itu pernah belayar di tengah-tengah lautan yang besar bersama-sama dengan beberapa orang anak kapal yang lain. Tiba-tiba kapal mereka dipukul ribut yang amat dahsyat. As Syeikh Musa yang tertidur kerana keletihan telah bermimpi didatangi oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang memerintahkan beliau dan semua anak kapal itu supaya membaca selawat Al Munjiah sebanyak seribu kali, tetapi bila dibaca tiga ratus kali sahaja, angin pun telah berhenti dan lautan menjadi tenang. Sehingga hari ini, ramailah ulama-ulama dan pengarang-pengarang kitab yang menganjurkan kepada orang-orang Islam supaya mengambil tabarruk dengan bilangan-bilangan yang disebutkan itu.
Demikianlah juga dengan selawat At Tafrijiah, berkata Al-Imam Ad Dainawaari, barang siapa membaca selawat ini sebelas kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya tidaklah putus rezekinya. Jika membaca 41 kali atau seratus kali pada tiap-tiap hari, nescaya berhasil segala hajat dan kehendaknya, dengan syarat dilakukannya berterusan dengan tidak putus-putus.
Al-Imam Al Qurthubi pula berkata : Barang siapa berterusan mengamalkan selawat At Tafrijiah sebanyak 41 atau seratus kali pada setiap hari, diangkat oleh Allah akan dukacitanya dan mudaratnya, diluaskan rezekinya, dibukakan untuknya segala pintu kebajikan, dimustajabkan doanya dan lain-lain.
Melihat betapa besarnya kelebihan berselawat, maka alangkah beruntungnya umat Islam yang mengamalkan selawat pada setiap masa dan ketika, tanpa mengira banyak atau sedikit dan bukannya hanya sekali dalam setahun, iaitu pada masa memperingati Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sahaja, kerana apa yang lebih penting ialah keikhlasan dan istiqamah kita dalam mengamalkan selawat.
Akhirnya marilah kita mempertingkatkan rasa cinta dan kasih kita kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan memperbanyakkan selawat dan mengamalkan sunnah Baginda, mudah-mudahan kita akan tergolong di kalangan mereka yang akan mendapat syafaat Baginda di akhirat nanti. Amin Ya Rabbal’alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Ahzab ayat 56, tafsirnya : "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat memberi segala penghormatan dan kebaikan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."

Tuesday, March 3, 2009

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH,GUNUNG 'ARAFAH

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabk an atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu."

guest number?