MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Sememangnya setiap negara sangat bergantung kepada pembangunan dan perkembangan ekonomi yang baik lagi mantap bagi menjamin kestabilan politik serta bagi mengukuhkan keamanan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk negara tersebut. Namun pada masa kini, dunia dilanda kerisis ekonomi global yang bukan sahaja melanda negara-negara Barat, negara-negara di Eropah dan di Asia Timur, bahkan negara kita juga tidak terlepas daripada mengalami kesan yang sama terutama kerana harga minyak telah jatuh dari USD147 pada Ogos lalu, kepada USD40 setong ketika ini.
Tidak dinafikan kemelut kegawatan ekonomi boleh menjejaskan sumber pendapatan negara serta boleh mempengaruhi kemajuan dalam pelbagai bidang khasnya perniagaan. Di kebanyakan negara luar kesannya sangat ketara apabila banyak syarikat perniagaan yang mengalami kerugian telah mengambil tindakan mengurangkan tenaga pekerja bagi menangani masalah kos yang dihadapi. Ini menyebabkan jumlah pengangguran semakin meningkat dan sudah setentunya mendatangkan masalah yang lebih berat bukan sahaja kepada keluarga dan masyarakat bahkan juga kepada negara.
Melihat kepada masalah yang dihadapi oleh negara luar, sudah setentunya kita tidak mahu perkara yang sama dialami oleh negara kita. Oleh itu, sebagai rakyat dan penduduk negara ini, kita adalah bertanggungjawab membantu pihak kerajaan dalam usaha untuk mengukuhkan ekonomi negara supaya lebih mantap dan teguh.
Sebagaimana kita ketahui bahawa bidang perniagaan dan perdagangan merupakan antara faktor utama yang menyokong perkembangan ekonomi negara dan ia tidak akan berjalan dengan baik tanpa kerjasama kedua belah pihak iaitu di antara penjual atau pedagang dengan pembeli atau pengguna. Maka kedua belah pihak tersebut hendaklah sama-sama bertanggungjawab memikul amanah supaya pertumbuhan ekonomi negara dapat berkembang dengan sihat dan stabil. Sebagai penjual hendaklah jujur dalam berniaga kerana kita tahu peniaga yang tidak jujur akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih seperti menjual barang atau makanan yang telah rosak atau luput tarikh mansuh, menaikkan harga barang sesuka hati dan sebagainya. Semua itu boleh membebankan pembeli atau pengguna lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang kecil.
Sebagai pembeli pula hendaklah berjimat dalam berbelanja dan tidak membazir, apatah lagi orang yang membazir itu adalah saudara syaitan sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Israa’ ayat 27, tafsirnya :
"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
Oleh itu, kita hendaklah bijak mengatur perbelanjaan, dengan membeli hanya barang-barang yang diperlukan sahaja untuk diri dan keluarga yang meliputi perbelanjaan untuk makan minum, tempat tinggal yang selesa, persekolahan anak-anak, pengangkutan, kelas tambahan, rawatan dan perubatan dan sebagainya. Perbelanjaan yang teratur dan tersusun tersebut dapat mengelakkan dari membeli barang yang tidak perlu dan ini memberi peluang kepada kita untuk menyimpan lebihan baki wang pendapatan sebagai simpanan untuk keperluan masa akan datang, ataupun kita boleh menggunakan wang tersebut untuk melabur, tetapi hendaklah melalui institusi kewangan yang diiktiraf dan sah.
Menabung dan melabur wang adalah amalan yang baik lagi menguntungkan, kerana ia dapat menjamin masa depan yang lebih cerah, bak kata pepatah ‘sediakan payung sebelum hujan’, malahan ia juga dapat membantu menstabilkan dan mengukuhkan ekonomi keluarga dan negara.
Namun tidak dinafikan pada zaman ini banyak tipu helah yang digunakan oleh orang yang tamak dan tidak bertanggungjawab untuk mendapat keuntungan yang cepat dan banyak walaupun dengan cara menipu, antaranya menawarkan satu skim yang kononnya boleh memberikan peluang modal yang cepat serta mendatangkan hasil yang lumayan atau berlipat ganda dalam masa yang singkat kepada orang yang mahu melabur dalam produk yang diiklankan.
Keinginan untuk cepat kaya dengan jalan mudah tanpa perlu bersusah payah telah menghilangkan pertimbangan waras di kalangan segelintir masyarakat kita hingga sanggup mengeluarkan wang simpanan mereka, malahan ada yang sanggup berhutang semata-mata untuk melabur di dalam skim tersebut. Pandangan mereka dikaburi dengan pulangan wang yang banyak, yang kononnya adalah hasil dari keuntungan perniagaan yang dijalankan, sedangkan keuntungan yang didakwa dibayar kepada para peserta itu sebenarnya adalah dari wang para pendeposit sendiri dan keuntungan tersebut hanyalah diterima oleh peserta yang awal menyertainya sahaja yang bertujuan untuk memancing minat orang ramai untuk turut sama menyertai skim tersebut. Dari itu, berhati-hatilah, jangan kerana mahu dapat untung besar dan cepat akhirnya menjadi mangsa penipuan yang hanya merugikan diri sendiri.
Selain dari itu bagi membantu mengukuhkan kemajuan ekonomi negara, kita hendaklah memberi sokongan dan dukungan yang padu dalam memberikan perkhidmatan sama ada berkhidmat dalam kerajaan atau sektor swasta, antaranya ialah dengan bersifat amanah dan bersungguh-sungguh dalam bekerja. Amalan sedemikian dapat mengelakkan kita dari melakukan kerja secara sembarana, senghaja melambat-lambatkan kerja dan lebih penting lagi dapat mengelakkan kita dari terjebak kepada perbuatan yang keji seperti rasuah, salah guna kuasa dan sebaginya. Amalan yang tidak baik itu mestilah dibendung kerana kesannya bukan sahaja boleh melumpuhkan organisasi tersebut bahkan boleh menghancurkan masa depan individu itu sendiri dan juga negara.
Sememangnya kesan buruk dari kegawatan ekonomi yang melanda dunia masa kini tidak dapat dielakkan sepenuhnya, namun sebagai rakyat dan penduduk yang cintakan negara sudah tentu tidak mahu masalah ekonomi tersebut menjejaskan kestabilan politik dan keselamatan negara. Dalam hal ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ada bertitah di Majlis Pembukaan Persidangan Musim Permasyuaratan Ke-5 Majlis Masyuarat Negara pada 12 Mac 2009 yang lalu, antara petikan titah baginda, "Kejatuhan harga minyak secara mendadak, perlu dihadapi dengan lebih bijak dalam berbelanja, termasuk mengelak segala bentuk pembaziran." Maka antara langkah yang baik bagi membantu pihak kerajaan dan juga diri sendiri ialah dengan mengamalkan sikap bersederhana, berbelanja mengikut kemampuan diri, tidak membazir dan berusaha dengan rajin dalam mencari rezeki dengan cara yang halal.
Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga Allah Subhanahu Wata’ala melimpahkan ke atas kita dan negara kita dengan rahmat dan berkat dan memberikan nikmat rezeki yang banyak sehingga kita dapat menikmati kehidupan ini dengan aman dan bahagia, di dunia dan di akhirat.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Furqaan ayat 67, tafsirnya :
"Dan juga mereka yang diredai Allah itu yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut. Dan sebaliknya perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil)."

No comments:
Post a Comment