MARILAH kita men i n g k at kan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Setiap manusia berkewajipan mencari rezeki bagi memenuhi keperluan kehidupan seharian seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain, sama ada untuk diri sendiri mahupun orang yang berada di bawah tanggungannya. Apa yang penting biarlah rezeki yang diperolehi itu hendaklah dari sumber yang halal, baik serta diberkati Allah Subhanahu Wata’ala. Orang yang bekerja mencari rezeki itu bukan hanya akan mendapat hasil dari usahanya, malahan akan diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wata’ala. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Qashash ayat 77, tafsirnya :
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebaikan Hari Akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluanmu) dari dunia.”
Agama Islam tidak melarang umatnya mencari rezeki seberapa banyak pun mengikut kemampuannya. Oleh itu dalam apa pun bidang pekerjaan yang kita ceburi sama ada berkhidmat dengan kerajaan mahupun swasta ataupun bekerja sendiri seperti peniaga, petani, nelayan, buruh dan sebagainya hendaklah memastikan rezeki yang kita perolehi itu betul-betul halal tidak menyimpang dari landasan hukum Islam seperti penipuan, penindasan, rampasan, khianat, riba, rasuah dan sebagainya.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda dalam sebuah hadis Baginda, maksudnya :
“Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu telah berkata ia : Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Akan ada suatu zaman pada umat manusia yang seseorang itu tidak lagi mempedulikan apa yang diambilnya (rezeki yang diterima olehnya) apakah dari yang halal atau dari yang haram.” (Riwayat Al- Imam Al Bukhari).
Setiap rezeki yang kita perolehi dari jalan yang salah ataupun syubhat iaitu bercampur antara yang halal dengan yang haram akan memberi kesan yang tidak baik, sama ada pada diri kita sendiri, keluarga dan masyarakat. Oleh itu, kita mestilah berhati-hati dalam mencari rezeki. Apalah gunanya kita mempunyai kekayaan di dunia ini tetapi segala ibadat dan amal bakti kita tidak diredai Allah Subhanahu Wata’ala, disebabkan sifat rakus di dalam mencari harta hingga sanggup mencampuradukkan dan tidak mempedulikan antara yang halal dan yang haram.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan daripada An-Nuqman bin Basyir Radiallahuanhu, maksudnya :
“Perkara yang halal itu jelas dan begitu juga perkara yang haram itu jelas.” (Riwayat Al-Imam Al Bukhari).
Cuba kita renungkan sebuah kisah ketika Sayidina Abu Bakar Radiallahuanhu menjadi khalifah, Baginda pernah dihidangkan makanan oleh hambanya, setelah Baginda makan makanan, lalu hambanya memberitahu bahawa makanan yang dimakannya itu adalah hasil pekerjaannya sebagai tukang tilik sebelum dia masuk Islam. Lantas Sayidina Abu Bakar Radiallahuanhu segera mengeluarkan makanan tersebut sehingga memuntahkan semua makanan yang ada di dalam perutnya. Lalu hambanya bertanya mengapa Sayidina Abu Bakar sanggup berusaha mengeluarkan makanan tersebut. Sayidina Abu Bakar berkata bahawa dia pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Badan yang tumbuh subur dengan makanan yang haram pasti akan merasai api neraka. Oleh kerana itu Sayidina Abu Bakar memaksa makanan itu keluar, takut kalau-kalau makanan itu menyuburkan badannya. Begitulah kisah tentang Sayidina Abu Bakar yang sangat teliti tentang halal haramnya rezeki yang dimakannya.
Oleh yang demikian, wahai kaum Muslimin sekalian kita hendaklah sentiasa berhati-hati dalam mencari rezeki ini, jangan sampai kita terjerumus kepada perkara-perkara yang boleh membawa kepada haram seperti memakan makanan yang haram ataupun menjual barang-barang yang haram dan diragui kehalalannya.
Rezeki yang diperolehi itu sebenarnya adalah milik Allah Subhanahu Wata’ala dan Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang sahajalah yang berhak mengurniakan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya mengikut aturan yang telah ditetapkan. Apa yang penting dalam mencari rezeki, hendaklah membetulkan niat dan tujuan untuk mencukupi keperluan dirinya dan orang yang di bawah tanggungannya, jika ada rezeki yang lebih, maka adalah lebih elok kita bersedekah kepada orang-orang yang memerlukannya.
Ketahuilah bahawa kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta atau rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun harta itu banyak. Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga Allah Subhanahu Wata’ala memurahkan rezeki kepada kita dan rezeki yang diperolehi itu mendapat berkat daripada Allah Subhanahu Wata’ala. Amin Ya Rabbal’alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah An Nahl ayat 114, tafsirnya : “Oleh itu, makanlah wahai orang-orang yang beriman dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.”

No comments:
Post a Comment