Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics & Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics

myspace

Thursday, March 25, 2010

Insaf segala dosa yang dilakukan

MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Sebagai seorang Muslim kita wajib percaya dengan adanya Hari Akhirat dan wajib beriman kepada semua perkara-perkara sam'iyyat seperti syurga dan neraka. Sesungguhnya Neraka itu wujud dan diciptakan sebagai hukuman dan pembalasan Allah Subhanahu Wata'ala kepada perbuatan dosa dan maksiat yang dilakukan semasa hidup di dunia. Neraka adalah suatu tempat yang disediakan Allah Subhanahu Wata'ala untuk mereka yang berdosa dan derhaka kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan Rasul-Nya. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah An Nisaa' ayat 14, tafsirnya :
"Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya dan melampui batas-batas syariat-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api Neraka, kekallah ia di dalamnya dan baginya azab seksa yang amat menghina."
Ketahuilah bahawa neraka itu adalah api yang sangat panas, berjuta-juta lebih panas dari api dunia. Jika sekiranya api neraka itu jatuh ke dunia walaupun sebesar biji sawi, maka ketika itu hancurlah dunia ini. Neraka itu bukanlah berupa unggun api yang menyala di suatu tempat lapang yang terbuka dan bukanlah seperti gunung berapi yang mengepul-ngepulkan asap dari dalam sebuah lubang yang sangat dalam, tetapi neraka itu bertingkat-tingkat dan berpintu-pintu. Setiap tingkat mempunyai gunung-gunung, bukit-bukit dan sungai-sungai, berjurang dan bertelaga. Semuanya terjadi dari api yang sangat panas. Neraka itu mempunyai tujuh tingkat dan tujuh pintu iaitu Jahanam, Lazaa, Khutamah, Sa'ier, Saqar, Jahiim dan Haawiyyah, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Hijr ayat 44, tafsirnya :
"Ia (neraka) mempunyai tujuh pintu, bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka yang sesat dan menyesatkan ini."
Di dalam neraka terdapat sebuah lembah Wail yang seram dan menakutkan dan sangat panas, penuh dengan binatang yang berbisa. Inilah lembah yang sangat ditakuti, apinya amat menggerunkan, menderau dan menggetarkan sampai ke hulu hati. Di sinilah tempat pembalasan bagi orang yang mendustakan agama. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Mursalaat ayat 15, tafsirnya :
"Neraka Waillah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan apa yang dijanjikan oleh Rasul-Nya."
Ketahuilah bahawa orang yang mendustakan agama itu antaranya ialah orang yang mensia-siakan anak yatim, orang yang tidak mahu memberi makan orang miskin, orang yang lalai sembahyang, orang yang sembahyang kerana riyak dan orang yang enggan membayar zakat.
Neraka Wail juga disediakan untuk mereka yang amat buruk pergaulannya antara sesama manusia, umpamanya orang yang suka mengumpat, menghina dan sebagainya, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Humazah ayat 1 - 2, tafsirnya :
"Neraka Waillah bagi orang yang mengumpat (pencaci kelakuan orang lain). Dan orang yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya."
Pada hari akhirat nanti iblis dan mereka yang kafir dan munafik akan dibelenggu, diikat kaki dan tangannya dan setelah itu mereka akan diheret atau ditolak atau dilemparkan masuk ke dalam Neraka. Mereka tidak diadili, tidak dihisab, tidak dimizan iaitu ditimbang dan juga tidak pula meniti Siratulmustaqiim kerana dosa dan kesalahan mereka memang sudah diketahui dan sudah nyata.
Manakala bagi umat yang mentauhidkan Allah Subhanahu Wata'ala iaitu umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan umat nabi-nabi yang terdahulu, sama ada mereka yang beramal solih mahupun mereka yang derhaka, mereka ini akan dihisab iaitu diadili, ditanya sampai kepada perkara-perkara yang sekecil-kecilnya. Mereka akan dipertanggungjawabkan di atas segala perbuaan mereka selama hidup mereka. Setelah itu amalan mereka akan dimizan dan diputuskan hukumannya dan ditentukan siapa-siapa yang akan masuk syurga dan siapa-siapa pula yang akan masuk neraka.
Selepas itu mereka akan meniti titian Siratulmustaqiim. Titian itu lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang. Ada yang berjaya menyeberanginya dan ada pula yang terjatuh ke lubang Neraka Jahanam.
Bagi mereka yang dimasukkan ke neraka, setelah sampai ke dalam neraka maka terjadilah keributan, pekik dan raung memecahkan kesunyian, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Faathir ayat 37, tafsirnya :
"Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka sambil meraung : Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari azab ini, kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan."
Maka terjadilah penyesalan yang tidak terhingga, tetapi sesalan itu sedikit pun tidak berguna. Di neraka mereka akan terus-menerus diseksa. Setiap kali kulit mereka hangus dimakan api, maka akan ditukar dengan kulit yang baru dan mereka tetap menderita selama-lamanya. Oleh kerana tidak tertahan azab seksa panas api yang membakar, maka mereka meronta-ronta kesakitan dan cuba untuk lari keluar. Tetapi hal ini adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku kerana pintu-pintu neraka itu telah ditutup rapat-rapat dan dijaga oleh malaikat penjaga neraka.
Jarak antara syurga dan neraka itu sangat jauh. Akan tetapi walaupun jaraknya berjauhan, namun penghuninya saling melihat antara satu sama lain dan saling dapat berbicara dengan jelas. Mereka yang berada di dalam neraka boleh nampak dengan jelas segala kesenangan dan kenikmatan di dalam syurga. Oleh kerana tidak tertahan dengan penderitaan dan kesengsaraan di dalam neraka dengan rasa dahaga yang memutuskan kerongkong dan rasa lapar yang tidak terhingga, serta melihat pula kesenangan, kenikmatan dan kemewahan yang terdapat di syurga, maka mereka bermohon kepada mereka yang ada di syurga, "Tolong limpahkan air yang sejuk untuk kami minum atau apa-apa yang telah direzekikan Allah kepadamu untuk kami." Mereka yang ada di syurga menjawab, "Sesungguhnya Allah telah melarang (mengharamkan) keduanya kepada orang-orang yang kafir."
Ketika penghuni syurga sedang bersenang-senang, tiba-tiba terdengar pekikkan penghuni neraka yang sedang diseksa meminta tolong. Jika yang memekik meminta tolong itu adalah anak atau ibu bapa, maka sedihlah penghuni Syurga tersebut dan remuklah hatinya. Sebenarnya dia ingin hendak menolong, apa lagi jika yang meminta tolong itu anak kandungannya sendiri. Tetapi apakan daya mereka tidak dapat tolong-menolong.
Oleh yang demikian wahai kaum Muslimin, marilah kita menginsafi segala dosa yang pernah kita lakukan dengan bertaubat kepada Allah Subhanahu Wata'ala selagi masa masih ada dan sama-samalah kita menyelamatkan diri kita dari api neraka. Di samping itu kita hendaklah juga menyelamatkan ahli keluarga kita dari api neraka iaitu dengan memastikan diri kita dan semua ahli keluarga kita iaitu dengan mengerjakan segala suruhan Allah Subhanahu Wata'ala dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita semua akan tergolong di kalangan orang-orang yang akan menerima balasan syurga dan dijauhkan dari azab neraka. Amin Ya Rabbal'alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah At Tahriim ayat 6, tafsirnya :
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya, manusia dan batu-batu berhala, neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat yang keras kasar layanannya. Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."

Wednesday, December 23, 2009

1431

Assalamualaikum.....Apa khabar semua, Semoga dalam keadaan Sihat Walafiat.
Btw lama udah rasanya nda me updated blog ani.

So Disini kami ucapkan 'Selamat Tahun Baru Hijrah 1431'.

Monday, October 19, 2009

Manfaatkan agihan wang zakat dengan bijaksana

MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di Akhirat.
Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala menjadikan manusia sama sahaja dari segi bentuk dan rupa, namun kedudukan dan taraf kehidupan seseorang di kalangan masyarakat tidak sama. Terdapat golongan yang senang dan susah, kaya dan miskin. Justeru itu zakat adalah salah satu cara bantuan yang tepat bagi golongan yang senang dan kaya ini menyalurkannya kepada fakir dan miskin. Zakat merupakan salah satu Rukun Islam yang wajib kita tunaikan. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah An Nisaa’ ayat 77, tafsir-Nya :
“Dan dirikanlah sembahyang serta keluarkanlah zakat.”
Pengertian zakat ialah nama bagi harta yang tertentu, diambil daripada harta yang tertentu, menurut syarat-syarat yang tertentu dan diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya. Sememangnya kewajipan zakat itu mempunyai banyak rahsia, antaranya ialah sebagai salah satu cara membersihkan jiwa dari sifat-sifat bakhil dan kedekut dan juga sebagai salah satu tanda kita mensyukuri nikmat kurniaan Allah Subhanahu Wata’ala. Menurut pandangan dan kata-kata dari orang yang enggan mengeluarkan zakat bahawa mengeluarkan zakat itu merugikan mereka. Sebenarnya orang yang berzakat akan mendapat keredaan dan rahmat dari Allah Subhanahu Wata’ala dan harta yang dizakat itu tidak akan berkurangan tetapi bertambah dan lebih beruntung lagi, mereka telah dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wata’ala dengan ganjaran Syurga Firdaus di Akhirat kelak.
Al-Qur’an telah menegaskan bahawa hanya lapan golongan yang berhak untuk menerima zakat, sebagaimana disebutkan dalam Surah At Taubah ayat 60, tafsir-Nya :
“Dan sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orangorang fakir dan orangorang miskin dan amil- amil yang mengurusnya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orangorang yang berhutang dan untuk dibelanjakan pada jalan Allah dan orangorang musafir yang keputusan dalam perjalanan, ketetapan hukum yang demikian itu ialah sebagai satu ketetapan yang datangnya dari Allah dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
Di antara lapan golongan tersebut, golongan fakir dan miskin merupakan golongan yang mula-mula sekali disebutkan. Menurut takrifnya bahawa golongan fakir ialah orang Islam yang papa, tidak mempunyai apa-apa pencarian atau harta, atau orang yang tidak boleh mengadakan setengah daripada keperluan untuk nafkahnya dan nafkah orang yang wajib ditanggungnya. Sebagai contoh seorang yang memerlukan $10 sehari bagi perbelanjaan sehariannya namun mereka hanya mampu mengadakan kurang daripada $5 sahaja.
Sementara takrif miskin pula ialah orang Islam yang sungguhpun mempunyai sedikit harta atau apa-apa pencarian tetapi cuma dapat mengadakan lebih daripada separuh keperluan nafkahnya dan nafkah orang yang wajib ditanggungnya. Sebagai contoh seorang yang memerlukan $10 sehari bagi perbelanjaan seharian tetapi mereka hanya mampu mengadakan $5 - $9 sahaja.
Seorang yang mengaku fakir atau miskin tetapi ada orang yang dapat menanggung nafkahnya atau perbelanjaan hariannya atau lain-lain keperluan yang mustahak bagi dirinya, maka orang ini tidak lagi dinamakan fakir atau miskin dengan sebab ada orang menanggung nafkahnya atau keperluannya, sebagai contoh seorang bapa, ibu, datuk atau nenek yang fakir atau miskin yang nafkahnya ditanggung oleh anaknya atau cucunya atau mana-mana yang wajib menanggung nafkahnya secara cukup menurut keadaannya, maka bapa, ibu, datuk atau nenek itu tidak lagi ditakrifkan sebagai fakir atau miskin.
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa golongan fakir atau miskin hidup dalam serba kekurangan, maka dalam hal ini sudah setentunya pemberian zakat kepada golongan tersebut akan dapat membantu meringankan beban kesusahan yang ditanggung oleh mereka. Inilah di antara hikmah diwajibkan zakat, kerana ia dapat mewujudkan kehidupan yang harmoni di kalangan umat Islam, merapatkan silaturahim di antara yang kaya dengan yang miskin, dapat menghindarkan kebencian, kedengkian dan permusuhan bahkan menimbulkan perasaan kasih sayang, belas kasihan dan tidak mementingkan diri sendiri.
Selain dari golongan fakir dan miskin, golongan Al-Gharimin juga berhak menerima zakat. Golongan Al-Gharimin ialah orang Islam yang berhutang secara yang diluluskan oleh hukum syarak. Mereka tidak mempunyai sumber kewangan untuk menyelesaikan hutang dan mereka berhutang untuk perkara asasi dan menepati hukum syarak. Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitab ‘Mau’izzatul Mukminin Min Ihyai’e Ulumiddin, Al-Gharimin’ itu ialah orang yang dibebani hutang dan ia berhutang kerana tujuan ketaatan, atau kerana sebab yang mubaah (harus) seperti perbelanjaan ke atas anak isteri sedangkan orang yang berhutang itu dalam keadaan fakir dan miskin, ia tidak lagi sanggup atau berdaya untuk membayar hutangnya itu. Ketika itu bolehlah ia mengadu nasib kepada penguasa sehingga hutang itu dapat dibayar dengan zakat. Kiranya orang yang berhutang itu seorang yang kaya atau mempunyai harta benda tiadalah boleh ditunaikan hutangnya itu dari bahagian zakat, kecuali jika ia berhutang kerana faedah dan maslahat orang ramai, ataupun kerana tujuan memadamkan fitnah atau huru-hara.
Sememangnya tidak dinafikan bahwasanya Allah Subhanahu Wata’ala telah menetapkan rezeki yang berbeza-beza di antara hamba-hamba-Nya, ada di antara mereka hidup dengan kesenangan dan kemewahan, ada yang hidup dalam kesederhanaan dan ada pula hidup dalam serba kekurangan dan kedaifan dan mereka itulah orang fakir dan miskin. Tetapi agama Islam melarang umatnya untuk berserah kepada takdir semata-mata, bahkan memerintahkan umatnya berusaha mencari rezeki.
Sebagai orang Islam hendaklah sentiasa bersyukur dan reda ke atas rezeki yang dikurniakan Allah Subhanahu Wata’ala kepadanya. Dan seterusnya mengamalkan sikap berpada dalam kehidupannya, di mana dengan cara itu, orang tersebut akan menjadi orang yang paling bersyukur dan sekali gus paling berbahagia.
Sesungguhnya orang yang mengeluarkan zakat itu hendaklah tahu dan yakin bahawa apa yang diberikannya kepada orang yang berhak menerimanya bukanlah kerana kemurahannya, tetapi ia adalah hak yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala. Dan bagi orang yang menerima zakat pula, mereka hendaklah mengetahui bahawa Allah Subhanahu Wata’ala mewajibkan pemberian zakat itu adalah untuk mencukupi keperluannya supaya menjadi pertolongan kepadanya untuk mengerjakan ketaatan. Mereka hendaklah bersyukur kepada orang yang telah memberikan zakat itu, mendoakan serta memuji kebaikan dan keikhlasan mereka. Selain itu mereka hendaklah juga memelihara diri dari hal-hal yang meragukan dalam kadar zakat yang diambilnya itu, yakni jangan ia menerima melainkan dalam kadar yang harus ia menerimanya dan jangan pula ia mengambil zakat itu kecuali jika ia merasa yakin bahawa ia termasuk golongan orang yang berhak menerimanya.
Jika ia menerima bahagian zakat itu juga sedangkan ia tidak termasuk dalam golongan yang berhak menerima zakat, seperti ia bukan golongan fakir, miskin atau Al-Gharimin, maka perbuatannya itu adalah haram dan berdosa. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Baqarah ayat 172, tafsir-Nya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik yang halal yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, maka jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”
Alhamdulillah, baru-baru ini Majlis Penyerahan Dokumen Agihan Baki Wang Zakat Kepada Asnaf Fakir Miskin dan Asnaf Al-Gharimin Yang Tertunggak Hutang Permohonan Kepada Jabatan Perumahan, Pembangunan dan Kepada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Kita bersyukur kerana dengan adanya agihan zakat tersebut akan dapat membantu mereka mengatur kehidupan yang lebih baik dan selesa dan sudah setentunya orang yang menerima bantuan tersebut lebih merasa bersyukur.
Alhamdulillah, terdapat di antara penerima zakat tersebut, yang mana jika sebelum ini mereka hanya menerima kadar cukup-cukup untuk memenuhi keperluan mereka, namun kini kadar tersebut telah ditambah sehingga melebihi dari yang diperlukan. Maka dalam hal ini sudah sewajibnya mereka merasa bersyukur di atas kurnia tersebut. Apa yang penting ialah mereka memanfaatkan bahagian masing-masing dengan bijaksana dan berhemah sebagaimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam majlis tersebut iaitu dengan mengelakkan gaya hidup boros atau membazir. Maka dalam hubungan itu, adalah disarankan supaya mereka berfikir untuk menabung iaitu menyimpan sedikit kewangan untuk berjimat cermat dan memikirkan masa hadapan dengan menyertai skim-skim takaful.
Tidak mustahil juga dengan pembayaran zakat tersebut, ada di antara mereka berazam kuat serta berikhtiar dengan bijaksana untuk terus bertahan di bawah label ‘tidak lagi memerlukan agihan zakat’, bahkan suatu hari nanti mereka pula yang menghulurkan zakat sekali gus dapat membantu golongan lain yang memerlukan bantuan. Mudah-mudahan dengan keazaman tersebut, yang dilaksanakan oleh setiap orang, maka hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui negara yang sedang bergerak ke arah membebaskan diri daripada kencah kemiskinan akan dapat terlaksana dan tercapai.
Sesungguhnya zakat dapat mengukuhkan perpaduan umat Islam kerana dengan berzakat itu dapat membantu orang-orang yang memerlukan pertolongan seperti fakir dan miskin, di mana melalui bantuan zakat yang diberikan sudah tentu dapat meringankan beban kemiskinan dan kesusahan yang dihadapi oleh mereka. Namun sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa berusaha, berikhtiar memperbaiki kehidupan ke arah yang lebih baik, kerana nasib dan rezeki tidak akan berubah jika kita sendiri tidak berusaha untuk mengubahnya. Mudah-mudahan dengan berbuat demikian kita dapat menikmati kebahagiaan hidup di dunia dan di Akhirat.
Akhirnya sama-samalah kita berdoa kepada Allah Subhanahu Wata’ala semoga orang yang telah menerima bantuan zakat iaitu golongan asnaf fakir miskin dan asnaf Al-Gharimin akan dapat menikmati kehidupan yang lebih baik, dimurahkan rezeki dan seterusnya mereka dapat meningkatkan ibadah kepada Allah Subhanahu Wata’ala yang telah memberi rezeki kepada kita semua. Amin Ya Rabbal’alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ar Ra’d ayat 11, tafsir-Nya: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana disebabkan kesalahan mereka sendiri, maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkannya itu dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.”

Wednesday, September 23, 2009

Bersyukur raikan Syawal

MARILAH kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi hamba-hamba-Nya yang dikasihi serta selamat di dunia dan di akhirat.
Kita telah pun berada di penghujung bulan Ramadan. Tidak dinafikan pada waktu dan saat begini, kemeriahan menyamu awal Syawal atau Hari Raya semakin dirasai. Masing-masing sudah berkira-kira dan merancang membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya. Sememangnya agama Islam tidak melarang kita membuat persediaan bagi memeriahkan sambutan Hari Raya. Ini kerana Hari Raya adalah hari kemenangan kita umat Islam setelah melaksanakan rukun Islam ketiga dan berjaya menumpaskan hawa nafsu dan godaan syaitan.
Walau bagaimanapun kita hendaklah tidak dilalaikan dalam membuat persiapan berhari raya kerana pada saat dan ketika inilah kita sewajarnya merebut peluang untuk mempertingkatkan lagi amal ibadat kita untuk memperolehi ganjaran yang berlipatganda yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wata’ala. Janganlah kita mempersia-siakan kesempatan yang ada ini kerana kita tidak tahu sama ada kita masih berpeluang menyambut Ramadan pada tahun hadapan atau pun tidak.
Oleh itu, sehendaknya amal ibadat yang dikerjakan seperti membaca Al-Qur’an, berdoa, berzikir, beriktikaf, bersedekah dan mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat dilipatgandakan dan jangan tinggalkan Sembahyang Sunat Tarawih kerana ianya hanya dapat dilakukan pada malam-malam bulan Ramadan sahaja.
Apa yang perlu kita ingat ialah jangan kita abaikan nilai dan roh Ramadan sehingga seolah-olah ibadah puasa yang kita kerjakan tiada memberi kesan yang baik pada diri kita. Sewajarnya Sembahyang Tarawih yang dikerjakan setiap malam Ramadan dapat membiasakan kita mengamalkan sembahyang-sembahyang sunat yang lain. Kesabaran menahan lapar dan dahaga sepanjang siang Ramadan juga sewajarnya menjadikan diri kita lebih sabar menjalani liku-liku kehidupan. Latihan kesabaran tersebut dapat membuang sikap panas baran, gopoh-gapah dan mementingkan diri sendiri yang mungkin menjadi kebiasaan kita sebelum ini. Begitu juga, berpuasa dapat mengembalikan kesihatan tubuh badan yang mungkin sebelum ini kita tidak berkesempatan mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Selain itu juga kita janganlah lupa dari membayar zakat fitrah untuk diri dan tanggungan. Ketahuilah bahawa waktu bagi menunaikan tuntutan zakat fitrah adalah bermula dari awal Ramadan, akan tetapi sudah menjadi tabiat segelintir masyarakat kita melambat-lambatkan dan melengah-lengahkan tuntutan kewajipan tersebut sehinggakan mereka berduyun-duyun datang dan berbaris pada saat akhir waktu. Meskipun membayar zakat fitrah sunat dilakukan selepas Sembahyang Subuh hingga imam mendirikan Sembahyang Sunat Hari Raya, tetapi janganlah sampai hanya kerana mengejar fadilat waktu sunat membayar, tuntutan membayar kewajipan zakat fitrah itu pula terlepas.
Dalam kita menyambut kedatangan bulan Syawal, kita hendaklah meraikannya mengikut yang digariskan oleh agama Islam iaitu sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah sabit dilihat dan sunat juga menghidupakan malam Hari Raya dengan berzikir, bertahmid, bertasbih, beristighfar, berdoa dan mengerjakan sembahyang sunat.
Pada pagi Hari Raya pula, sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri, sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok. Kita juga disunatkan memakan buah kurma dengan bilangan yang ganjil sebelum pergi ke masjid. Menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya adalah perkara yang paling penting dan utama dalam menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya :
“Dari Al-Bara’I bin Gharib ia berkata : Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita memulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang.” Riwayat Al-Imam Al-Bukhari.
Begitulah indahnya dan telitinya agama Islam sehingga menyambut hari kegembiraan pun terdapat adab-adab dan garis panduan yang memimpin umatnya agar tidak terpesong dari tujuan sebenar sambutan diadakan iaitu sebagai melahirkan rasa syukur terhadap Allah Subhanahu Wata’ala, Itulah perbezaan agama Islam dengan agama-agama lain yang mengadakan sambutan hanya untuk bergembira dan bersuka ria.
Di samping kita bersyukur dan bergembira merayakan Hari Raya, kita juga disunatkan melakukan Puasa Sunat Enam Hari di bulan Syawal yang bermula pada dua Syawal. Adapun Puasa Enam di bulan Syawal, mengerjakannya dengan berturut-turut adalah yang lebih afdal dan utama. Walau bagaimanapun tidak menjadi kesalahan jika Puasa Enam itu dilakukan secara berselang hari atau dibuat pada bila-bila masa asalkan di bulan Syawal.
Sesungguhnya ganjaran bagi orang yang mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari di bulan Syawal setelah berpuasa sebulan Ramadan, seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun. Sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya :
“Dari Abi A’yub Al-Ansari Radiallahuanhu, ia menceritakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kemudian diikuti dengan Puasa Enam Hari pada bulan Syawal, seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.” Hadis Riwayat Al-Imam Muslim.
Kedatangan Ramadan hanya setahun sekali. Dengan beradanya kita di penghujung Ramadan ini, janganlah pula kita menjadikannya sebagai titik penghujung amal ibadat kita kerana amal ibadat tersebut bukan sahaja dapat dilakukan di bulan Ramadan bahkan kita hendaklah mempraktikkan dan memeliharanya pada setiap masa dan ketika.
Akhirnya marilah kita sama-sama merayakan hari kemenangan iaitu hari Raya Aidilfitri dengan mentaati apa yang telah diajarkan oleh agama Islam. Di samping itu marilah kita berazam menunaikan Puasa Enam di Bulan Syawal. Mudah-mudahan segala ibadat dan amal kebajikan yang kita lakukan akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata’ala dan mudah-mudahan kita semua mendapat berkat dan rahmat serta keampunan dari Allah Subhanahu Wata’ala. Amin Ya Rabal’alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ali‘Imran ayat 133, tafsir-Nya : “Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat kempunan dari Tuhan kamu dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Wednesday, September 16, 2009

Puasa masuk ke 26


Salam all n apa khabar..?
Puasa hari masuk udah hari ke 26 so kitani ada lagi 3 'o' 4 days berpuasa. Nda kerasaan bah hari begitu cepat bertukar hari ke hari. Eheheh jangan pula lupa kan berzakat Fitrah ah walaupun kan sambut Raya, eheheheh.







Kan ceta sikit lah about S League, Last night Brunei DPMM FC win 1 - 0 against Young Lions at Jalan Besar Stadium. Score by Drazen Govic at 4th minute of the 1st First Half Matches. Now Brunei DPMM FC up 2 3rd place in the league.

guest number?