Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics & Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics

myspace

Saturday, June 27, 2009

Penyalahgunaan dadah merosakkan, memusnahkan kehidupanBANTERAS PENYALAHGUNAAN DADAH DENGAN DIDIKAN AGAMA

MARILAH kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala di atas limpah kurnia rahmat-Nya ke atas kita, memanjangkan umur sehingga kita terus hidup dan menikmati keindahan alam ciptaan-Nya ini. Maka sebagai tanda kesyukuran kepada-Nya, sama-samalah kita meningkatkan ketaqwaan dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.




Dalam kita melaksanakan tanggungjawab terhadap agama untuk memelihara, menjaga dan mendidik anak-anak, janganlah kita melupakan isu-isu semasa yang melanda dan mengancam keharmonian masyarakat dan negara seperti penyalahgunaan dadah yang telah banyak merosakkan dan memusnahkan kehidupan manusia, meruntuh kebahagiaan rumah tangga, mengancam keselamatan agama, bangsa dan negara, bahkan telah terbukti banyak mengorbankan jiwa.
Penyalahgunaan dadah bukanlah isu baru, tetapi isu yang berlarutan. Walau bagaimanapun pihak kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan telah berusaha membanteras masalah ini, akan tetapi ia tetap berleluasa hingga menjadi masalah negara. Kita perlu sedar dan peka bahawa akibat dari penyalahgunaan dadah, kerajaan telah mengeluarkan perbelanjaan yang begitu besar bagi menangani masalah penyalahgunaan dadah dari segi pembanterasan, perawatan dan pemulihan.
Oleh yang demikian, semua pihak perlu terlibat dan sama-sama bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan ini. Masyarakat memainkan peranan penting dalam membantu pihak kerajaan dengan cara melaporkan atau memberikan maklumat kepada pihak Biro Kawalan Narkotik jika didapati berlaku kegiatan penyalahgunaan dadah dan pengedaran dadah. Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat, penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, guru-guru serta semua pihak adalah bertanggungjawab untuk sentiasa memantau pegawai dan kakitangan, anak buah kampung dan para pelajar yang di bawah kawalan mereka.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya :
“Dari Ibnu Umar Radiallahuanhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
Begitu juga dalam hal membanteras penyalahgunaan dadah ini, para ibu bapa sangat-sangatlah berperanan dalam memberikan didikan agama dan akhlak, mengawal aktiviti dan pergaulan anak-anak dan melatih mereka mendekatkan diri kepada perkara-perkara yang berfaedah dan berkebajikan seperti membiasakan diri hadir ke masjid-masjid, majlis-majlis ilmu dan lain-lain lagi aktiviti yang berfaedah. Janganlah membiarkan anak-anak hidup bebas tanpa kawalan atau hanya menegur tanpa membimbing mereka. Kita mesti ingat bahawa segala amanah yang dipertanggungjawabkan tidak akan terlepas di dunia ini sahaja, malahan ianya akan ditanya di akhirat kelak. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah At Tahriim ayat 6, tafsirnya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu-batu (berhala) …”
Kajian menunjukkan beberapa sebab seseorang itu terjebak dalam penyalahgunaan dadah, antaranya ialah kurang pengetahuan dan kesedaran tentang bahaya menyalahgunakan dadah, tidak ada ketahanan diri, mudah dipujuk rayu oleh rakan sebaya yang sudah terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Mereka mempercayai dadah dapat menghilangkan rasa malu dan dapat meningkatkan frustrasi. Di samping itu juga untuk berseronok-seronok dan ingin mencuba, tetapi mereka tidak terfikir dan sedar kesan yang akan dihadapinya.
Kajian juga menunjukkan aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah pula adalah disebabkan oleh pengaruh ekonomi atau keuntungan di dalam perdagangan dadah tersebut.
Perlu diketahui bahawa taktik terbaru sindiket pengedaran dadah antarabangsa ialah dengan memancing individu melalui tawaran-tawaran lumayan dan cuba mempengaruhi dan menjebak mangsa, sama ada lelaki atau wanita sebagai pembawa dadah ke lokasi-lokasi yang tertentu. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan jangan mudah terpengaruh oleh apa jua bentuk pujukan atau tawaran melalui internet dan sebagainya seperti peluang pekerjaan di syarikat luar negara dengan ganjaran gaji yang lumayan.
Kita juga perlu berwaspada dan berhati-hati dengan tawaran pakej melancong ke luar negara dengan tambang dan penginapan percuma. Apabila hendak ke luar negara, jangan mudah menerima apa jua bentuk kiriman ataupun bungkusan yang tidak diketahui isi kandungan di dalamnya. Apa yang penting janganlah mudah terpedaya dengan janji-janji atau tawaran yang diberikan oleh orang yang tidak dikenali.
Memandangkan dadah itu punca penyakit sosial dan masyarakat serta penghalang kepada kemajuan dan pembangunan negara, maka bersempena memperingati Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah Haram pada hari ini, marilah kita meningkatkan kesedaran dan kefahaman terhadap bahaya penyalahgunaan dadah dan berusaha mengawal dan mencegahnya dari memusnahkan anak bangsa dan negara kita. Mudah-mudahan dengan demikian, Allah Subhanahu Wata’ala akan sentiasa melindungi dan menyelamatkan anak-anak, keluarga, saudara-mara, negara dan agama kita dari sebarang tipu daya dan gejala yang boleh merosakkan. Amin Ya Rabbal’alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Baqarah ayat 168 - 169, tafsirnya:
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi layak dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji dan menyuruh supaya kamu berkata dusta terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).”

No comments:

guest number?