Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics & Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics

myspace

Thursday, February 5, 2009

Kedudukan orang berilmu tinggi di sisi Allah Subhanahu Wata'ala


MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu pengetahuan kerana ilmu itu sangat penting dalam kehidupan manusia, tanpa ilmu kehidupan kita akan berada dalam kejahilan dan kemunduran, bahkan ketinggian ilmu pengetahuan juga merupakan ukuran yang sangat penting dalam membezakan antara kemajuan dan kemunduran sesuatu bangsa dan negara.
Perlu kita sedari bahawa ilmu yang ada pada diri kita hanya sedikit, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Kahfi ayat 109, tafsirnya :
"Katakanlah wahai Muhammad, kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sabagai bantuan".
Dari ayat tersebut, jelas menunjukkan bahawa ilmu itu sangat luas dan banyak yang perlu diterokai dan dicari. Jalan terbaik dan berkesan untuk meluaskan ilmu pengetahuan ialah dengan mencari, mempelajari, mengaji dan membaca kitab-kitab yang bermanfaat yang mengandungi nilai-nilai murni dan terpuji. Dalam menuntut ilmu kita hendaklah menanamkan sifat ikhlas sekali gus menjauhi sifat jemu, malas dan sebagainya. Apa yang lebih penting kita hendaklah mengamalkan ilmu yang dipelajari bagi mendapatkan keberkatan.
Sememangnya orang yang berilmu itu dipandang tinggi oleh masyarakat, berbanding dengan orang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Oleh itu, setiap Muslim mestilah mementingkan ilmu pengetahuan dan menambahkannya dengan seberapa banyak yang terdaya bagi mencapai kemuliaan dirinya. Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam Surah Az-Zumar ayat 9, tafsirnya :
"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang- orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".
Dari ayat tersebut jelas bahawa dengan seseorang itu boleh maju, membangun, bukan saja untuk dirinya tetapi untuk masyarakat dan negaranya. Ketahuilah bahawa kedudukan orang yang berilmu itu adalah sangat tinggi di sisi Allah Subhanahu Wata’ala sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Mujaadilah ayat 11, tafsirnya :
"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama dari kalangan kamu beberapa darjat. Dan ingatlah Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan".
Allah Subhanahu Wata’ala menganugerahkan akal kepada manusia untuk membezakan manusia dengan haiwan. Dengan akal manusia boleh berfikir dan membezakan mana yang hak, mana yang batil, mana yang benar, mana yang salah. Akal akan lebih berkembang jika diberi ilmu pengetahuan kerana dengan ilmu pengetahuan perjalanan hidup dapat diurus dengan betul dan sentiasa berjalan di atas kebenaran mengikut petunjuk Allah Subhanahu Wata’ala.
Semua orang sedar bahawa zaman sekarang adalah zaman kemajuan sains dan teknologi yang memerlukan kepada ilmu pengetahuan yang tinggi dan luas. Islam tidak menghalang umatnya menuntut apa jua bidang ilmu pengetahuan, baik ianya bidang perubatan, bidang pertanian dan lain-lain bidang yang diperlukan, khususnya bidang yang diperlukan oleh negara kita, termasuklah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT. Ilmu dalam bidang ini sewajarnya dikuasai oleh kita umat Islam untuk memajukan umat Islam sekali gus membolehkan kita menyekat dakyah-dakyah palsu yang sering menyerang pemikiran umat Islam. Dengan penguasaan ilmu ICT juga kita dapat menyebarluaskan lagi agama Islam yang suci ini.
Perlu diingat, dalam kita sibuk menuntu ilmu di pelbagai bidang, kita sebagai umat Islam tidaklah dapat sekali-kali meninggalkan tuntutan ilmu agama yang merangkumi akidah, ibadat dan akhlak. Dengan demikian sahajalah seseorang akan mencapai kebahagiaan dan kemajuan hidup di dunia dan di akhirat.
Marilah kita sama-sama meningkatkan ilmu pengetahuan yang berguna, nescaya kita akan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Di samping itu jangan lupa ilmu-ilmu yang bermanfaat itu hendaklah diajarkan dan diamalkan. Semoga kita, bangsa, agama dan negara kita akan maju jaya dan sentiasa dalam perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala. Amin Ya Rabbal’alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ali ‘Imran ayat 7, tafsirnya :
"Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama berkata : Kami beriman kepada-Nya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami. Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran".

No comments:

guest number?