Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics & Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics

myspace

Monday, February 23, 2009

Titah KDYMM Sempena 25 Tahun Merdeka

Berasaskan kedewasaan yang telah dicapai, azam dan persediaan bagi melakukan pembaharuan dan perubahan-perubahan jitu merupakan perkara penting di dalam pendekatan mahu pun tindakan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ingin melihat pertumbuhan industri bukan minyak meningkat, kemiskinan ditangani, pengeluaran padi dan beras bertambah dengan pertambahan yang melonjak, di samping peranan Perkhidmatan Awam (PA) yang terus menyerlah dan berkesan.
Demikian antara harapan baginda dalam titah sempena Menyambut Perayaan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang disiarkan secara langsung melalui Radio dan Televisyen Brunei pada malam menjelang Hari Kebangsaan yang jatuh pada setiap 23 Februari.
Setiap langkah pembaharuan dan perubahan itu tegas baginda diasaskan kepada Wawasan Brunei, dengan mengambil kira, bukan sahaja kedudukan di dalam Negara, malahan juga tren sejagat.
“Wawasan turut mengenal pasti keperluan sumber manusia yang berilmu. Ini juga penting, nisbah kita sebuah Negara kecil yang mempunyai penduduk, yang juga amat kecil. Sumber manusia berkualiti adalah faktor penentu kepada keupayaan Negara untuk menikmati kemajuan secara berpanjangan,” titah baginda.
Dalam hubungan ini, pendidikan di negara ini menurut baginda, tidak pernah diabaikan selaras dengan dasar yang jelas iaitu ingin melahirkan seberapa ramai para ilmuwan, yang mempunyai kemahiran pelbagai disiplin ilmu, di mana darinya diharap dapat menyaksikan kemunculan golongan-golongan pemimpin, pemikir dan pengusaha yang berwibawa.
“Dalam pada itu, beta ingin mengingatkan, dasar dan sistem pendidikan kita, tidaklah boleh sama sekali membelakangi nilai-nilai kita yang murni iaitu agama maha suci serta adat resam bangsa yang luhur,” tegas baginda lagi dalam titah tersebut.
Menyentuh mengenai kejutan bencana baru-baru ini iaitu kejadian banjir dan tanah susur yang melanda sebilangan besar kawasan di Negara ini yang telah mengakibatkan gangguan elektrik dan sistem perhubungan, baginda menyifatkannya sebagai satu cabaran untuk dijadikan peringatan dan pembelajaran di samping persiapan menanganinya ke arah mengurangkan kesan-kesan kejadian serupa.
Dalam hubungan ini, baginda menegaskan supaya dasar belajar dan mengenali punca hendaklah dihidupkan terus dan tidak hanya memadai setakat membuat kerja-kerja rutin sahaja tetapi sebaliknya hendaklah mencari jawapan-jawapan tepat mengapa ia terjadi dan bagaimana mengatasinya.
Baginda seterusnya berharap pihak-pihak yang terbabit akan dapat mencari jawapan dan jalan penyelesaian terhadap kawasan-kawasan yang dilanda banjir dan tanah susur dan mencari punca mengapa ianya berlaku sekarang.
Sempena Perayaan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, tahun ini baginda di kesempatan ini turut merakamkan penghargaan terhadap negara-negara sahabat yang sentiasa memberikan kerjasama khasnya semenjak negara ini mencapai kemerdekaan penuhnya dalam sama-sama berganding bahu menyumbangkan perkara yang berfaedah di peringkat serantau mahu pun antarabangsa.
Baginda turut merakamkan setinggi penghargaan kepada semua lapisan rakyat dan penduduk dan pemimpin yang terlibat termasuk semua peringkat ahli PA, Pasukan-pasukan keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta kerana sumbangan mereka terhadap keamanan dan pembangunan negara, di samping semua peserta dan ahli-ahli jawatankuasa sambutan perayaan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-25 yang sama-sama berusaha menjayakan sambutan.
Kerjasama rakyat dan keprihatinan kerajaan titah baginda dan dengan izin Allah Subhanahu Wa’atala jua, telah membawa kemakmuran dan kemerdekaan yang dinikmati sekarang.

No comments:

guest number?