Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics & Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics

myspace

Wednesday, May 27, 2009

LFC Tempat Kedua DI EPL

Salam Semua n Apa Khabar...............? Eheheheh Tahniah buat LFC di tempat kedua di kedudukan EPL 08/09.

Syukuri hasil bumi, minyak dan gas


MARILAH kita mening k a t k a n ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.


Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 7, tafsirnya :
“Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.”
Berdasarkan ayat itu tadi jelas menunjukkan betapa pentingnya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wat’ala kepada kita. Jika kita mensyukuri nikmat, Allah Subhanahu Wata’ala telah menjanjikan akan menambah nikmat-Nya kepada kita, tetapi jika kufur dan ingkar, Allah akan membalasnya dengan kesusahan dan azab seksa.
Adapun di antara nikmat yang telah dianugerahkan kepada negara kita yang patut kita syukuri ialah hasil bumi minyak dan gas. Hasil bumi ini adalah nikmat yang tidak boleh kita abaikan dan hendaklah kita jaga dan nikmati dengan cara yang berpatutan dan sewajarnya. Kita sebagai penduduk negara ini mestilah menyedari bahawa nikmat Allah Subhanahu Wata’ala yang kita nikmati sekarang boleh sahaja kita nikmati berterusan atau sebaliknya, jika Allah Subhanahu Wata’ala berkehendak, ini sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Saba’ ayat 16, tafsirnya :
“Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka yang subur itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara.”
Ayat ini mengisahkan tentang Negeri Saba’ yang sekarang dikenali dengan Negeri Yaman, dahulunya negeri ini subur tanahnya kerana mereka membina pembenteng air yang dapat dialirkan ke kebun-kebun dan sawah-sawah sepanjang tahun. Oleh sebab itu penduduk negeri tersebut menjadi kaya raya, mempunyai kebun di kiri dan kanan. Tetapi disebabkan mereka tidak bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata’ala, lalu Allah Subhanahu Wata’ala menurunkan hujan lebat menyebabkan benting air runtuh dan berlakulah banjir besar sehingga memusnahkan kebun-kebun dan rumah mereka. Tidak ada lagi kebun-kebun mereka selain dari pohon-pohon kayu yang tidak berbuah atau ada buahnya tetapi pahit rasanya.
Oleh itu sepatutnya kita menjadikan kisah ini sebagai pengajaran dan iktibar yang dapat menginsafkan kita semua. Maka hendaklah kita mensyukuri nikmat yang telah dianugerahkan Allah Subhanahu Wata’ala kepada kita supaya terhindar daripada bala sebagaimana yang telah ditimpakan kepada kaum Saba’.
Adapun di antara cara kita mensyukuri nikmat, khususnya nikmat minyak dan gas ialah dengan menggunakan nikmat tersebut secara bijak dengan menjimatkan penggunaannya, bukannya melakukan pembaziran. Adalah menjadi kewajipan kita bersama, sama ada pihak kerajaan, swasta mahupun persendirian untuk sama-sama menjimatkan penggunaan tenaga agar ia juga boleh terus dinikmati hingga ke generasi akan datang. Penjimatan tenaga boleh dilakukan melalui beberapa cara di antaranya :
Pertama : Melalui pendidikan yang bermula dari rumah atau sekolah dengan melatih anak-anak berjimat cermat dalam penggunaan tenaga dengan cara menutup suis alat-alat elektrik seperti lampu, alat peghawa dingin, kipas angin, televisyen, komputer dan sebagainya setelah menggunakannya.
Kedua : Melalui penjimatan penggunaan minyak kenderaan dengan membuat perancangan terlebih dahulu ke mana hendak dituju.
Ketiga : Mendidik diri dan keluarga hidup dalam keadaan sederhana meskipun tergolong sebagai orang yang berkemampuan.
Agama Islam melarang umatnya melakukan pembaziran kerana ia merupakan perbuatan keji dan perbuatan syaitan. Sesungguhnya syaitan itu amat suka kepada orang-orang yang boros dan membazir.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadis Baginda, maksudnya :
“Dari Al-Mughirah bin Syuq’bah, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Ditegah ke atas kamu tiga perkara iaitu banyak cakap, banyak tanya dan membazir harta.” (Riwayat Al-Imam Muslim).
Adalah menjadi tanggungjawab setiap lapisan masyarakat di negara ini supaya bekerjasama ke arah penjimatan tenaga. Ini bertepatan sebagaimana tema Hari Tenaga yang akan diadakan pada 23 Mei ini iaitu 'Jimatkan Tenaga, Tanggungjawab Kitani'.
Oleh yang demikian, sama-samalah kita menyemai dan membudayakan diri kita ke arah kecekapan dan penjimatan, semoga dengan berbuat demikian, kita akan terus menikmati kemakmuran dan keselesaan dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala. Amin Ya Rabbal’alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Israa’ ayat 26 - 27, tafsirnya : “Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau belanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

Saturday, May 16, 2009

Riyak penyakit hati yang sangat berbahaya


MARILAH kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dalam melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang yang mendapat rahmat Allah Subhanahu Wata’ala di dunia dan di akhirat.

Agama Islam menuntut umatnya memiliki sifat yang baik dan terpuji dan melarang dari bersifat keji dan tercela. Ini adalah bertujuan agar umat Islam mencapai kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Adapun salah satu sifat yang dilarang oleh agama Islam itu ialah sifat riyak. Riyak bererti menunjuk-nunjuk atau memperlihatkan sesuatu amalan baik yang dilakukan oleh seseorang untuk memperolehi kedudukan di hati manusia.


Riyak adalah sifat yang tercela dan amat dibenci. Setiap amalan yang diiringi dengan riyak, bukan saja tidak mendapat ganjaran malahan di akhirat nanti akan diseksa, kerana tujuannya beramal adalah untuk dipuji dan disanjung orang, bukan kerana mengharapkan reda atau pahala daripada Allah Subhanahu Wata’ala. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah An Nisaa’ ayat 142, tafsirnya :
“Mereka hanya bertujuan riyak memperlihatkan sembahyangnya kepada manusia supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman dan mereka pula tidak mengingati Allah dengan mengerjakan sembahyang melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).”


Sesungguhnya kecelaan dari sifat riyak seseorang itu akan diperlihatkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala pada Hari Akhirat nanti, sebagaimana yang diceritakan dalam sebuah hadis, maksudnya :
“Dari Abi Abbas katanya : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Siapa yang dengan amalannya mencari kemasyhuran untuk diperlihatkan kepada manusia, Allah akan menyiarkan keaibannya itu di Hari Kiamat dan siapa yang memperlihatkan amalannya, Allah akan memperlihatkan kecelaannya.” (Riwayat Al-Imam Muslim).


Menurut Al-Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihyaa’ Ulumuddin menerangkan bahawa perkara yang menimbulkan riyak dalam beribadah itu ada lima perkara iaitu riyak dalam tubuh badan, pakaian, ucapan, perbuatan dan riyak dengan memperbanyakkan pengikut. Adapun yang dimaksudkan dengan riyak dalam tubuh badan itu ialah seperti membiarkan rambut tanpa terurus, kononnya disebabkan terlampau banyak mementingkan diri dengan urusan-urusan ibadat dan agama sehingga tiada masa lagi untuk menguruskan rambut. Manakala riya dalam pakaian pula seperti orang yang berpura-pura memakai pakaian yang kasar dan menyingkatkannya hampir ke betis supaya orang lain menyangka bahawa dia adalah orang yang sangat patuh kepada sunnah Nabi atau menurut jejak langkah para salihin. Begitu juga dalam ucapan, seseorang itu akan berpura-pura merendahkan suara ketika bercakap dengan orang ramai atau berlumba-lumba dalam memperkatakan tentang hadis sama ada sahih ataupun tidak dengan tujuan supaya dia dipuji orang sebagai orang yang pandai dan seumpamanya. Manakala riyak dalam perbuatan pula ialah seperti seseorang berpura-pura berdiri terlalu lama dalam sembahyangnya, rukuk atau sujud supaya dilihat dia lebih menghayati sembahyangnya itu daripada orang lain. Seterusnya ialah riyak dengan memperbanyakkan sahabat, tetamu dan bercampur gaul di kalangan orang alim atau orang yang berpangkat agar orang ramai menganggap dia juga orang penting atau seumpamanya. Selain itu orang yang membelanjakan hartanya seperti bersedekah dengan tujuan menunjuk-nunjuk kepada orang lain maka ia juga adalah perbuatan riyak dan pahala amal sedekahnya rosak serta sia-sia. Begitu juga dengan perbuatan membangkit- bangkit atau menyakiti orang yang diberi sedekah itu, maka rosaklah nilai sedekah itu. Perbuatan tersebut bukanlah kelakuan orang beriman tetapi kelakuan orang yang riyak yang memberi bukan kerana Allah Subhanahu Wata’ala. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Baqarah ayat 264 yang tafsirnya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala amal sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti, seperti rosaknya pahala amal sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riyak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya kemudian batu itu ditimpa hujan lebat lalu ditinggalkannya bersih licin tidak bertanah lagi. Demikianlah juga halnya orang- orang yang kafir dan riya itu, mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun daripada apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum kafir.”


Memandangkan perbuatan riyak itu salah satu penyakit hati yang sangat berbahaya dan mengancam kesucian jiwa, maka hindarilah diri kita dari sifat riya dalam apa jua amalan dan perbuatan yang dilakukan, sebaliknya lakukanlah amal dan perbuatan itu dengan ikhlas semata-mata kerana mengharapkan keredaan Allah Subhanahu Wata’ala. Sesungguhnya orang yang beramal dan melaksanakan segala tuntutan agama dengan penuh ikhlas dan mengharapkan keredaan Allah Subhanahu Wata’ala tanpa ada riyak akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah
Az-Zumar ayat 2 - 3, tafsirnya :
“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an ini kepadamu wahai Muhammad dengan membawa kebenaran. Oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan kepada-Nya segala ibadat dan bawaanmu. Ingatlah! Hak yang wajib dipersembahkan kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih daripada segala rupa syirik.”

Monday, May 11, 2009

LFC vs Spur




Musibah yang menimpa merupakan ujian dan peringatan kepada manusia


MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.


Allah Subhanahu Wata’ala telah mengingatkan di dalam Al-Qur’an bahawasanya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan hiburan, sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al An’aam ayat 32, tafsirnya :
“Dan tidak dinamakan kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan.”
Berdasarkan ayat tadi bahawa kesenangan-kesenangan dunia ini hanya sebentar dan tidak kekal, janganlah kita terpedaya dengan kesenangan-kesenangan dunia serta lalai dari memperhatikan urusan akhirat.

Sebenarnya kehidupan di dunia inilah yang banyak menyebabkan manusia lalai dan lupa diri dari mengingati Allah Subhanahu Wata’ala. Kerana sifat manusia itulah Allah Subhanahu Wata’ala telah mengutus Nabi dan Rasul bagi memberikan peringatan supaya mereka bertaubat dan beramal salih. Tetapi masih juga ada di antara manusia yang ingkar dan berlaku sombong di muka bumi, tidak mahu mengikut perintah Allah Subhanahu Wata’ala, maka kerana itu Allah Subhanahu Wata’ala menurunkan bala bencana sebagai cubaan dan dugaan agar manusia tidak berterusan lalai dan akan insaf terhadap apa yang mereka lakukan. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ar Ruum ayat 41, tafsirnya :
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia : Timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat.”


Sesungguhnya segala musibah yang ditimpakan ke atas manusia adalah merupakan ujian dan peringatan kepada manusia. Oleh itu kita hendaklah bersabar dan reda terhadap qadak dan qadar Allah Subhanahu Wata’ala dan anggaplah ujian tersebut sebagai cubaan untuk memantapkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu Wata’ala.


Adapun ujian atau bala yang ditimpakan Allah Subhanahu Wata’ala ke atas manusia itu ada bermacam-macam keadaan, di antaranya bencana alam seperti kemarau, banjir, gempa bumi, tanah susur dan sebagainya, ataupun ianya dari perbuatan manusia itu sendiri seperti kegawatan ekonomi, kebakaran dan sebagainya, ataupun wabak penyakit seperti AIDS, SARS, Selesema Burung dan sebagainya.


Kini kita dikejutkan pula oleh satu wabak penyakit iaitu Selesema Khinzir. Wabak Selesema Khinzir ini sedang melanda beberapa buah negara luar. Penyakit ini adalah sejenis penyakit yang menjejaskan sistem pernafasan yang lazimnya menjangkiti haiwan khususnya khinzir disebabkan oleh Virus Influenza jenis A. Pada kebiasaannya wabak haiwan ini tidak menjangkiti manusia, tetapi satu jangkitan luar biasa melibatkan penyibaran penyakit ini daripada manusia kepada manusia telah disahkan oleh Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Selesema Khinzir pada manusia boleh menjejaskan semua peringkat umur, manakala tanda-tanda penyakit ini serupa dengan demam selesema biasa seperti demam panas, sakit tekak, batuk selesema dan sakit pernafasan. Selesema terbaru ini dikatakan lebih mudarat berbanding selesema sebelumnya kerana ia menggabungkan virus burung, manusia dan khinzir dan setakat ini tidak terdapat vaksin bagi selesema ini.


Memandangkan penyakit ini amat berbahaya dan boleh membawa maut, maka pihak yang bertanggungjawab telah mengambil tindakan dan berusaha bagi mengelakkan penyakit tersebut merebak ke negara ini. Di antara langkah-langkah yang telah diusahakan ialah membuat pemantauan di pusat-pusat kesihatan, hospital, pos kawalan sempadan dan lapangan terbang antarabangsa. Kementerian Kesihatan terus meningkatkan langkah-langkah pemantauan terutama ke atas pengunjung yang balik ke negara ini dari tempat terjejas seperti Mexico, Amerika Syarikat dan negara-negara lain yang terjejas. Ini semua bagi mempastikan penduduk di negara ini tidak dijangkiti oleh wabak Selesema Khinzir.


Alhamdulillah, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Kementerian Kesihatan, sehingga kini belum ada laporan jangkitan Selesema Khinzir di kalangan manusia di negara ini atau simptom penyakit berkenaan. Walau bagaimanapun, kita perlu berhati-hati dan berawas-awas sebelum penyakit ini merebak ke negara ini. Kita dinasihatkan agar mengambil langkah keselamatan kesihatan lebih awal dengan mengunjungi klinik terdekat untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan apabila mengalami gejala selesema selepas mengunjungi tempat-tempat yang sudah dikenal pasti. Langkah keselamatan ini bertujuan mengesan penyakit tersebut lebih awal sebelum merebak luas bagi membolehkan tindakan kuarantin dijalankan secepat mungkin.


Kementerian Kesihatan juga menasihatkan orang ramai supaya menagguhkan perjalanan ke negara yang terjejas oleh wabak itu, tetapi jika perlu ke negara-negara berkenaan, mereka mesti mengambil langkah-langkah berwaspada seperti mengelak dari pergi ke tempat-tempat yang sesak, mengelak daripada mendampingi orang yang disyaki dijangkiti demam selesema dan kita juga hendaklah mengamalkan tabiat menjaga kebersihan diri.


Sememangnya perkara menjaga kebersihan ini telah dititikberatkan oleh ajaran agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah At Taubah ayat 108, tafsirnya :
“Dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).”
Dan sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya :
“Dari Abi Malik Al-Asyharie’ berkata : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Kebersihan itu sebahagian dari iman.” (Riwayat Ai-Imam Muslim).
Dalam kita menghadapi segala ujian atau bala dari Allah, kita perlulah bersabar dan kembali kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan memohon perlindungan daripadanya, begitulah juga dalam keadaan kita menghadapi wabak Selesema Khinzir ini, kita berusaha memohon perlindungan dari Allah Subhanahu Wata’ala dengan mengadakan Sembahyang Sunat Hajat selepas Sembahyang Fardu Maghrib dan sebelum menunaikan Sembahyang Fardu Jumaat dan membaca doa khas serta membaca Doa Qunut Nazilah semasa Sembahyang Fardu Jumaat di masjid-masjid, surau-surau dan balai ibadat seluruh negara dengan niat untuk menghindarkan rakyat, penduduk dan Negara Brunei Darussalam daripada segala bala dan dijangkiti oleh wabak penyakit tersebut.


Kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana dengan limpah rahmat-Nya jua rakyat di negara ini telah mencapai tahap kesihatan yang baik, semua ini adalah berkat doa dan usaha semua pihak terutamanya kepimpinan dan komitmen yang tinggi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Kita sepatutnya berterima kasih kepada pihak kerajaan yang telah menyediakan kemudahan perubatan di negara ini dan juga kepada para doktor serta jururawat yang sentiasa sedia berkhidmat memberi rawatan kepada mereka yang memerlukan. Sesungguhnya tugas mereka ini sangat murni dan dipandang mulia. Maka bersempena dengan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa pada 21 Mei ini, kita sebagai masyarakat yang memerlukan dan menggunakan khidmat mereka, hendaklah sentiasa memberi sokongan dan dukungan terhadap setiap khidmat dan nasihat yang mereka berikan.


Akhirnya, sama-samalah kita berdoa dan memohon hidayah serta rahmat dari Allah Subhanahu Wata’ala semoga diri kita, ahli keluarga kita, negara dan umat Islam seluruhnya mendapat perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala serta selamat dari segala wabak penyakit dan bala bencana. Amin Ya Rabbal’alamin.


Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Baqarah ayat 214, tafsirnya :
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, pada hal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya, bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).”

Wednesday, May 6, 2009

CAHAYA MUKA NABI S.A.W.

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : 'Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, ' Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya: ' Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?'

Jawab Rasulullah : 'Orang yang bakhil.'
Aku bertanya lagi : 'Siapakah orang yang bakhil itu?'
Jawab baginda : 'Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku.'

BERDOA


Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: 'Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad.'

KIJANG DAN ANAKNYA

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : 'Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari.'

Bersabda Rasulullah s.a.w. ' Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?' Jawab kijang itu: 'Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya.'

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : 'Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya. '

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : 'Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: ' Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau.' Alhamdulillah. marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.

So Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara. Semoga kita sama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap Rasulullah SAW.

Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (surah Al-Baqarah ayat : 208)

DOA

Assalamualaikum.......

Tuesday, May 5, 2009

Jangan salahgunakan kuasa yang diamanahkan

MARILAH kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan sebenar-benar taqwa, iaitu istiqamah dalam mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan yang demikian, mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik dan mendapat keredaan Allah Subhanahu Wata’ala di dunia dan di akhirat.

Agama Islam adalah agama yang cukup lengkap yang mementingkan kebahagiaan umatnya di dunia dan di akhirat. Dalam hal ini agama Islam menyeru umatnya agar sentiasa mempertingkatkan usaha dalam berbuat amal kebajikan dan ibadat termasuklah dalam kita mencari nafkah seharian iaitu bekerja untuk menyara kehidupan. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Qashash ayat 77, tafsirnya :
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebaikan Hari Akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu dari dunia).”


Agama Islam memandang bahawa mencari rezeki untuk hidup adalah satu tuntutan atau kewajipan ke atas manusia bagi memenuhi keperluan kehidupan seharian seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan lain, sama ada untuk diri sendiri mahupun orang yang berada di bawah tanggungannya. Namun apa yang penting, rezeki yang diperolehi itu hendaklah dari sumber yang baik dan halal, serta diberkati oleh Allah Subhanahu Wata’ala.

Akan tetapi di negara kita masih terdapat beribu orang pencari kerja yang belum mempunyai pekerjaan. Antara faktor yang menyebabkan meningkatnya pengangguran di negara ini adalah kerana terdapat di kalangan masyarakat kita lebih cenderung untuk berkhidmat dengan pihak kerajaan berbanding pihak swasta.
Dalam suasana dunia sekarang ini, kita tidak boleh hanya berharap untuk berkhidmat dengan kerajaan sahaja. Sikap memilih pekerjaan sudah tidak sesuai lai pada zaman ini. Memang tidak dinafikan, ada juga segelintir pekerja tempatan dan pencari kerja tempatan yang mahu bekerja di sektor swasta kerana suka kepada persekitaran kerja yang mencabar dan dinamik. Namun desakan dan pengaruh daripada keluarga terutamanya ibu bapa dan rakan sebaya menjadikan pencari kerja lebih cenderung untuk memilih pekerjaan di sektor kerajaan.


Selain itu, pengangguran juga disebabkan tiadanya desakan daripada keluarga untuk mencari pekerjaan, memandangkan keluarga masih mampu untuk menyara kehidupan pencari kerja sementara menunggu untuk mendapat pekerjaan di sektor awam. Terdapat juga segelintir ibu bapa yang masuk campur terhadap urusan kerja anak mereka yang berkhidmat di sektor swasta, yang kadang-kadang boleh menyebabkan majikan mengambil keputusan untuk memberhentikan pekerja tempatan ini. Terdapat juga pekerja tempatan yang tertekan dengan suasana pekerjaan yang mempunyai bilangan pekerja asing yang ramai. Tahap motivasi pekerja tempatan juga akan berkurangan lebih-lebih lagi para majikan lebih mengutamakan pekerja asing daripada pekerja tempatan. Ini kerana sebahagian anak tempatan yang bekerja di sektor swasta mempunyai sikap yang tidak disukai oleh majikan seperti tidak komited, tidak bertanggungjawab dan tidak berdisiplin dalam melaksanakan tugas mereka.


Ini berbeza dengan pekerja asing yang komited dan dedikasi dalam melakukan tugas mereka memandangkan ada di kalangan mereka tiada mempunyai komitmen dengan keluarga semasa bekerja di negara ini. Pekerja asing juga sanggup untuk bekerja lebih masa bagi mendapatkan pendapatan lebih berbanding sesetengah pekerja tempatan yang mempunyai banyak kerenah dan rungutan jika diminta untuk bekerja lebih masa. Oleh sebab itulah para majikan di sektor swasta lebih gemar pekerja asing.


Kita perlu faham matlamat sektor swasta adalah untuk menambah lebih banyak keuntungan. Kerana itulah majikan di sektor swasta menerapkan etika kerja yang tinggi dan disiplin pekerjaan yang ketat ke atas pekerja mereka. Ini bermakna kesemua pekerja adalah terikat dengan peraturan yang dibuat oleh majikan mereka. Peraturan ini dibuat adalah untuk meningkatkan lagi produktiviti pekerja yang sedia ada, memandangkan syarikat atau organisasi di sektor swasta bersaing dalam suasana perniagaan yang kompetitif.


Tetapi malangnya ada di kalangan pekerja yang tidak menyukai akan peraturan tersebut seperti disiplin dan ketepatan masa bekerja kerana bagi mereka susah untuk keluarga pejabat jika ada urusan keluarga. Keadaan ini juga menambahkan lagi persepsi negatif anak tempatan terhadap pekerjaan di sektor swasta.
Oleh itu, wahai kaum Muslimin, hendaklah kita mengubah sikap dan pe

mikiran ke arah yang lebih positif dan tidak memilih pekerjaan sama ada di sektor awam atau di sektor swasta. Manakala bagi mereka yang sudah bekerja hendaklah melaksanakan setiap pekerjaan itu dengan niat yang ikhlas kerana Allah Subhanahu Wata’ala, kerana dari niat yang ikhlas akan menimbulkan sifat jujur, amanah, berdisiplin, cekap, taat dan boleh dipercayai yang akhirnya akan melahirkan corak pekerjaan yang sempurna dan berkualiti. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Qashash ayat 26, tafsirnya :
“Sebaik-baik yang engkau ambil bekerja ialah orang yang kuat (berkemampuan) dan amanah (dipercayai).”


Kita perlu menyedari bahawa kesan dari pengangguran jika tidak ditangani boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi, menurunkan taraf hidup, menambahkan kadar kemiskinan, menyebabkan ketidakstabilan keluarga, akan meningkatkan kejadian antisosial dan sebagainya.


Dalam hal ini, pihak kerajaan telah berusaha untuk mengurangkan kadar pengangguran di negara ini. Ini jelas sebagaimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan baginda pada 15 Julai 2008, antara titah baginda : “Untuk itu, kita mestilah mengemaskinikan segala perancangan dan pelaksanaan sumber tenaga manusia serta dasar-dasar yang berkaitan dengannya. Sebagai contoh, kerajaan beta telah menyediakan peruntukan sebanyak hampir 28 juta ringgit dari Dana Sumber Tenaga Manusia Untuk Skim Latihan Bagi Program Khas Lepasan Sekolah. Ini diharapkan dapat membantu mengurangkan pergantungan sektor swasta kepada tenaga luar negeri dan pada waktu yang sama, dapat mengurangkan juga kadar pengangguran dalam negara.”


Begitu juga dengan Karnival Kerjaya 2009 yang sedang diadakan pada masa ini, diharap akan dapat mengatasi dan mengurangkan pengangguran di negara kita.
Apa yang penting, setelah kita mendapat pekerjaan, hendaklah kita berusaha dan beriltizam untuk bekerja dengan sebaik-baiknya sebagaimana yang dikehendaki oleh agama Islam. Tugas atau kuasa yang diamanahkan hendaklah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan jangan pula diabaikan dan disalahgunakan.

Sama-samalah kita berdoa semoga kita menjadi pekerja yang jujur, amanah dan dimurahkan rezeki serta dijauhkan dari sifat tamak dan suka meminta-minta. Semoga rezeki yang kita perolehi mendapat keberkatan dari Allah Subhanahu Wata’ala.


Sebagaimana yang kita maklum, beberapa buah negara luar pada masa ini telah dilanda dengan satu wabak penyakit iaitu Selesema Khinzir. Dalam hal ini Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi memantau wabak penyakit tersebut. Kita dinasihatkan agar mengambil langkah keselamatan kesihatan lebih awal dengan mengunjungi klinik terdekat untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan apabila mengalami gejala selesema selepas mengunjungi tempat-tempat yang sudah dikenal pasti. Langkah keselamatan ini bertujuan mengesan penyakit tersebut lebih awal sebelum merebak luas bagi membolehkan tindakan kuarantin dijalankan secepat mungkin.


Kementerian Kesihatan juga menasihatkan orang ramai supaya menangguhkan perjalanan ke negara yang terjejas oleh wabak itu, tetapi jika perlu ke negara-negara berkenaan, mereka mesti mengambil langkah-langkah berwaspada seperti mengelak dari pergi ke tempat-tempat yang sesak, mengelak daripada mendampingi orang ramai disyaki dijangkiti demam selesema dan mengamalkan tabiat kebersihan diri.


Di samping itu dalam usaha untuk menghindarkan rakyat dan penduduk serta Negara Brunei Darussalam daripada segala bala dan dari dijangkiti oleh wabak penyakit tersebut, kita memohon perlindungan dari Allah Subhanahu Wata’ala dengan mengadakan Sembahyang Sunat Hajat selepas Sembahyang Fardu Maghrib dan sebelum menunaikan Sembahyang Fardu Jumaat dan membaca doa khas di masjid-masjid, surau-surau dan balai ibadat seluruh negara mulai hari Khamis, 30 April 2009, bagi tempoh selama sebulan.


Mudah-mudahan dengan demikian, Allah Subhanahu Wata’ala memberikan perlindungan kepada diri kita, ahli keluarga kita, negara dan umat Islam seluruhnya dari segala wabak penyakit dan bala bencana. Amin Ya Rabbal- ’alamin.


Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Az-Zumar ayat 8, tafsirnya :
“Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepada-Nya.”

Monday, May 4, 2009

Menang Lagi............

Salam All, Watched the game last night. It can be Big Big Big Win more then 3 goals. What can say......Now we still keep pressure to the leader MU. Eheheheh jgn Marah.... Btw boleh lah katakan siuk game dmlm a2 yang pastinya ia LFC MANANG.


Saturday, May 2, 2009

LFC

Liverpool FC Turun padang Malam Esok. Semoga Menang........

Happy B'day Ibu........


Assalamualaikum Semua........
Apa Khabar? Semoga Sihat Walaafiat. Eheheheheh Hari Ani tanggal 2hb Mei 2009, Hari ani adalah Hari Ulang Tahun Ibu tercinta yang ke ..... Tahun. Buat Ibu tiada ada hadiah yang diberikan hanya DOA ikhlas dari Kami,

" Semoga Ibu dipanjangkan Umur, Dimurahkan Rezeki, Menjadi Ibu Solehah, Berbahagia Selalu, dan Sentiasa didalam Lindungan ALLAH SWT ".

Peluk Cium dari Kami semua Untuk IBU. Mmuuaahh....... Saaaaayang Ibu.

Eheheheh Liat 2 BU Manshuurah pandai Jalan udah ah........eheheheh.

guest number?