Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics & Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics

myspace

Saturday, May 16, 2009

Riyak penyakit hati yang sangat berbahaya


MARILAH kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dalam melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang yang mendapat rahmat Allah Subhanahu Wata’ala di dunia dan di akhirat.

Agama Islam menuntut umatnya memiliki sifat yang baik dan terpuji dan melarang dari bersifat keji dan tercela. Ini adalah bertujuan agar umat Islam mencapai kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Adapun salah satu sifat yang dilarang oleh agama Islam itu ialah sifat riyak. Riyak bererti menunjuk-nunjuk atau memperlihatkan sesuatu amalan baik yang dilakukan oleh seseorang untuk memperolehi kedudukan di hati manusia.


Riyak adalah sifat yang tercela dan amat dibenci. Setiap amalan yang diiringi dengan riyak, bukan saja tidak mendapat ganjaran malahan di akhirat nanti akan diseksa, kerana tujuannya beramal adalah untuk dipuji dan disanjung orang, bukan kerana mengharapkan reda atau pahala daripada Allah Subhanahu Wata’ala. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah An Nisaa’ ayat 142, tafsirnya :
“Mereka hanya bertujuan riyak memperlihatkan sembahyangnya kepada manusia supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman dan mereka pula tidak mengingati Allah dengan mengerjakan sembahyang melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).”


Sesungguhnya kecelaan dari sifat riyak seseorang itu akan diperlihatkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala pada Hari Akhirat nanti, sebagaimana yang diceritakan dalam sebuah hadis, maksudnya :
“Dari Abi Abbas katanya : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Siapa yang dengan amalannya mencari kemasyhuran untuk diperlihatkan kepada manusia, Allah akan menyiarkan keaibannya itu di Hari Kiamat dan siapa yang memperlihatkan amalannya, Allah akan memperlihatkan kecelaannya.” (Riwayat Al-Imam Muslim).


Menurut Al-Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihyaa’ Ulumuddin menerangkan bahawa perkara yang menimbulkan riyak dalam beribadah itu ada lima perkara iaitu riyak dalam tubuh badan, pakaian, ucapan, perbuatan dan riyak dengan memperbanyakkan pengikut. Adapun yang dimaksudkan dengan riyak dalam tubuh badan itu ialah seperti membiarkan rambut tanpa terurus, kononnya disebabkan terlampau banyak mementingkan diri dengan urusan-urusan ibadat dan agama sehingga tiada masa lagi untuk menguruskan rambut. Manakala riya dalam pakaian pula seperti orang yang berpura-pura memakai pakaian yang kasar dan menyingkatkannya hampir ke betis supaya orang lain menyangka bahawa dia adalah orang yang sangat patuh kepada sunnah Nabi atau menurut jejak langkah para salihin. Begitu juga dalam ucapan, seseorang itu akan berpura-pura merendahkan suara ketika bercakap dengan orang ramai atau berlumba-lumba dalam memperkatakan tentang hadis sama ada sahih ataupun tidak dengan tujuan supaya dia dipuji orang sebagai orang yang pandai dan seumpamanya. Manakala riyak dalam perbuatan pula ialah seperti seseorang berpura-pura berdiri terlalu lama dalam sembahyangnya, rukuk atau sujud supaya dilihat dia lebih menghayati sembahyangnya itu daripada orang lain. Seterusnya ialah riyak dengan memperbanyakkan sahabat, tetamu dan bercampur gaul di kalangan orang alim atau orang yang berpangkat agar orang ramai menganggap dia juga orang penting atau seumpamanya. Selain itu orang yang membelanjakan hartanya seperti bersedekah dengan tujuan menunjuk-nunjuk kepada orang lain maka ia juga adalah perbuatan riyak dan pahala amal sedekahnya rosak serta sia-sia. Begitu juga dengan perbuatan membangkit- bangkit atau menyakiti orang yang diberi sedekah itu, maka rosaklah nilai sedekah itu. Perbuatan tersebut bukanlah kelakuan orang beriman tetapi kelakuan orang yang riyak yang memberi bukan kerana Allah Subhanahu Wata’ala. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Baqarah ayat 264 yang tafsirnya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala amal sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti, seperti rosaknya pahala amal sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riyak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya kemudian batu itu ditimpa hujan lebat lalu ditinggalkannya bersih licin tidak bertanah lagi. Demikianlah juga halnya orang- orang yang kafir dan riya itu, mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun daripada apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum kafir.”


Memandangkan perbuatan riyak itu salah satu penyakit hati yang sangat berbahaya dan mengancam kesucian jiwa, maka hindarilah diri kita dari sifat riya dalam apa jua amalan dan perbuatan yang dilakukan, sebaliknya lakukanlah amal dan perbuatan itu dengan ikhlas semata-mata kerana mengharapkan keredaan Allah Subhanahu Wata’ala. Sesungguhnya orang yang beramal dan melaksanakan segala tuntutan agama dengan penuh ikhlas dan mengharapkan keredaan Allah Subhanahu Wata’ala tanpa ada riyak akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah
Az-Zumar ayat 2 - 3, tafsirnya :
“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an ini kepadamu wahai Muhammad dengan membawa kebenaran. Oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan kepada-Nya segala ibadat dan bawaanmu. Ingatlah! Hak yang wajib dipersembahkan kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih daripada segala rupa syirik.”

No comments:

guest number?