Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics & Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics

myspace

Thursday, July 23, 2009

Peristiwa Israk Mikraj pengukuh keimanan


REJAB bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu peristiwa Israk dan Mikraj.
Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang sangat luar biasa yang telah dilalui oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidilharam (Mekah) ke Masjidilaqsa di Palestin. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratulmuntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam.
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku setelah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menempuh tahun dukacita di mana Baginda telah kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteri Baginda, Siti Khadijah dan bapa saudara Baginda, Abu Talib. Mereka berdua adalah tokoh penting yang telah membantu usaha dakwah Baginda di peringkat awal. Tidak lama kemudian, berlakulah pula peristiwa Taif, di mana Baginda telah menghadapi dugaan yang sangat mencabar. Baginda telah dihina, dicerca dan dikecewakan oleh penduduk Taif yang telah menolak usaha dakwah Baginda.
Bayangkanlah bagaimana remuk redamnya perasaan Baginda ketika itu. Hilang teman hidup yang telah berkorban segala-galanya untuk Baginda dan perjuangan Islam, kemudian dikecewakan, dimalukan dan dicederakan oleh bangsanya sendiri. Baginda keseorangan dalam menghadapi tentangan Musyrikin jahiliah.
Di saat kesedihan yang amat sangat itulah Malaikat Jibril datang membawa pesan gembira untuk mengiringi Baginda untuk Israk dan Mikraj bertemu Pencipta-Nya. Itulah hadiah yang paling bermakna ketika Baginda memerlukannya.
Peristiwa Israk dan Mikraj ini mengandungi banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar. Namun, terdapat beberapa pengajaran penting daripadanya, iaitu:
1. Kewajiban sembahyang lima waktu telah dianugerahkan kepada umat Muhammad. Kewajipan sembahyang diwahyukan terus tidak seperti kewajipan ibadat lain seperti zakat dan puasa yang diturunkan sebagai wahyu dan disampaikan melalui Malaikat Jibril. Itu menunjukkan betapa penting dan istimewanya sembahyang. Kewajipan sembahyang juga adalah hadiah yang paling berharga kepada Nabi untuk merawat segala kesedihan dan kemurungan yang Baginda hadapi. Sembahyanglah sebenarnya jalan penyelesaian kepada segala masalah yang kita hadapi. Andai kita berhadapan masalah yang berat yang tak tertanggung, kekecewaan yang tak terbendung, kebuntuan mencari jalan keluar, keresahan dan kekosongan jiwa, kembalilah kepada Allah. Carilah pengampunan-Nya dan berbicaralah terus dengan-Nya. Hamburkanlah segala duka lara dan resah gelisah jiwa kepada Yang Maha Pencipta, dalam setiap sujud kita. Jangan disimpan kemarahan kita kepada manusia. Lepaskanlah segala kekecewaan kita itu dan mengadulah kepada yang Maha Bijaksana.
2. Israk Mikraj juga menguji keimanan kita untuk beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dalam hal-hal yang di luar jangkauan pemikiran kita. Sahabat Nabi seperti Abu Bakar beriman dan percaya dengan sepenuh hati bahawa Nabi memang telah pergi ke Palestin dan merentasi tujuh langit pada satu malam.
3. Sekiranya peritiwa Israk dan Mikraj ini benar-benar dihayati, manusia mampu menjauh diri daripada melakukan perkara-perkara keji dan maksiat serta menjadi orang yang benar-benar sabar, cemerlang dan berjaya.
4. Orang yang benar-benar mendalam imannya ialah meyakini akan kisah-kisah dan perkhabaran yang dialami oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam peristiwa Israk dan Mikraj.
5. Sembahyang adalah ibadah pertama sekali yang akan dipersoalkan di hari Kiamat oleh Allah Subhanahu Wata’ala. Jika baik sembahyang ditunaikan, maka baiklah amal ibadah lainnya.
6. Allah Subhanahu Wata’ala menjadikan Syurga dan Neraka adalah bagi menguji sejauhmana iman hamba-hamba-Nya di dalam mencari keredaan-Nya demi kehidupan yang kekal abadi, ataupun sebaliknya, terpedaya dengan tipu daya kehidupan dunia yang sementara.
Bayangkanlah jikalau perkara yang sama itu disampaikan pada kita sekarang. Adakah kita akan mempercayai dan beriman dengan-Nya sebagaimana Abu Bakar? Atau kita akan mula menggunakan logik akal kita lalu akan menolak kesahihan peristiwa itu dengan alasan tak masuk akal dan tak logik? Kita akan mula mengeluarkan teori Sains yang kita tahu yang menafikan manusia boleh merentasi tujuh langit hanya dalam satu malam. Mungkinkah juga kita akan ketawa sinis dan mempersendakan berita itu sebagai karut?
Sesungguhnya peristiwa Israk Mikraj jika dihayati dengan sesungguhnya, maka ianya akan mengukuhkan keimanan kita dan memperkuatkan rasa takjub kepada kekuasaan Allah dalam mengatur kehidupan makhluk-Nya. Peristiwa Israk Mikraj mengajar kita untuk percaya kepada perkara ghaib dan percaya kepada Al-Qur’an dan Hadis sebagai panduan dan penyelesai kepada masalah hidup manusia.
Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Baqarah ayat 45 - 46 yang mafhumnya : “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.”

No comments:

guest number?