Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics & Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics

myspace

Tuesday, July 14, 2009

RAKYAT WAJIB MEMATUHI,TAAT KEPADA ULIL AMRI



MARILAH kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Di samping itu kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata’ala di atas limpah kurnia-Nya yang tidak terhingga banyaknya kepada kita. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala akan mengurniakan umur yang panjang kepada kita supaya dapat lagi kita menikmati kurniaan Allah itu dan membolehkan kita untuk mengerjakan amal ibadat, segala suruhan-Nya sehingga kita menjadi hamba-hamba-Nya yang dikasihi-Nya di dunia dan di akhirat nanti, serta sentiasa pula mendapat taufiq dan hidayah ke jalan yang lurus.

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah rahmat-Nya, kita semua dapat menikmati suasana kehidupan aman damai dan sejahtera di dalam sebuah negara yang kita cintai ini. Sesungguhnya kita amat bertuah menjadi rakyat negara ini yang mengamalkan cara hidup yang berlandaskan ajaran Islam dengan mempunyai seorang raja sebagai pemimpin dan ketua negara. Kita juga beruntung kerana negara kita mempunyai falsafah yang tersendiri iaitu 'Melayu Islam Beraja'.
'Melayu Islam Beraja' merupakan falsafah kenegaraan yang membawa erti bahawa Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara Melayu yang mengamalkan cara hidup dengan nilai-nilai luhur kebudayaan Melayu yang berpandukan agama Islam sebagai agama rasmi negara menurut akidah Ahli Sunnah Waljamaah, Mazhab Syafie yang dihayati menjadi cara hidup yang lengkap, sempurna dan unggul. Manakala raja (Sultan) pula menjadi pemerintah tertinggi negara. Sultan selaku pemimpin dan penaung kepada rakyat adalah memegang amanah Allah bagi menjalankan kuasa tertinggi negara.
Agama Islam mewajibkan pelantikan raja atau ketua negara bagi menjaga kemaslahatan rakyat, perjalanan pemerintahan negara dan agama. Sebagai contoh, apabila Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam wafat, sebelum jenazah Baginda dimakamkan, langkah utama yang dilakukan oleh umat Islam ialah melantik seorang khalifah sebagai ganti Baginda. Tanpa berbuat demikian menyebabkan banyak perkara wajib akan tergendala. Cara inilah yang menjadi contoh ikutan kepada semua negara Islam.
Jika kita melihat sejarah zaman pemerintahan Islam sejak Bani Umaiyah hinggalah ke zaman Uthsmaniyah, apabila seorang raja ditabalkan atau ketua negara dilantik, terdapat tiga perkara yang menjadi amalan iaitu :
Pertama : Nama raja itu disebut di dalam Khutbah Jumaat serta mendoakannya dengan perkara yang baik-baik, dengan tujuan apabila raja yang memerintah itu baik, maka dengan sendirinya negara dan rakyat menjadi baik.
Kedua : Nama raja juga dimeteraikan pada mata wang emas dan perak yang dibuat pada zaman pemerintahannya.
Ketiga : Bagi kerajaan Uthsmaniyah pula, apabila seorang Sultan Uthsmani naik takhta, maka Baginda akan menyandang pedang yang diwariskan dari zaman pemerintahan Sayidina ‘Umar bin Al-Khattab Radiallahuanhu.
Di Negara Brunei Darussalam, sistem pemerintahan beraja telah wujud sekian lama di mana raja adalah menjadi kepala negara yang memegang tampuk kerajaan. Sebagai rakyat, kita hendaklah taat dan kasih kepada raja dan perlu bagi seseorang rakyat itu mengenali rajanya, antaranya dengan mengetahui salasilah dan tarikh keputeraannya. Di samping itu juga adalah menjadi kewajipan setiap rakyat untuk mematuhi dan menerima segala arahan kerjaan selagi arahan yang diberikan itu tidak bertentangan dengan hukum syarak.
Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam Surah An Nisaa’ ayat 59, tafsirnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.”
Di dalam hadis pula, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya :
“Dari Abdullah Radiallahuanhu, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Mendengar dan taat kepada ketua adalah menjadi kewajipan ke atas orang Islam sama ada yang disukainya dan yang tidak disukainya selagi ia tidak diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat, maka jika ia diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat, tiadalah boleh mendengar dan taat.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lagi, maksudnya :
“Dari Ibnu Abas Radiallahuanhuma, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Sesiapa bencikan sesuatu daripada ketuanya maka hendaklah ia bersabar, kerana sesiapa yang tidak mentaati perintah sultan walaupun sejengkal, lalu ia mati, maka kematiannya seperti kematian orang-orang yang di zaman Jahiliah.” (Riwayat Al-Imam Muslim).
Alhamdulillah, kita bersyukur kerana negara kita dikurniakan seorang raja dan pemimpin yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan dan keselesaan rakyat agar menikmati keamanan, keharmonian dan hidup rukun damai.
Semenjak baginda menaiki takhta pada tahun 1967, seluruh rakyat dapat merasai nikmat kemajuan dan kemakmuran negara di bawah payung pemerintahan baginda. Di antara kemudahan yang dinikmati oleh rakyat ialah seperti masid-masjid, surau-surau, balai ibadat, institusi-institusi pendidikan tinggi, sekolah-sekolah, rumah-rumah sakit, kelinik kesihatan dan lain-lain kemudahan lagi yang disediakan.
Negara kita juga telah banyak mencapai kemajuan, pembangunan dan perubahan hasil dari usaha baginda dalam menaiki taraf negara untuk mampu bersaing dengan negara-negara yang membangun dan maju, sehingga menjadikan Negara Brunei Darussalam setanding dengan negara-negara lain.
Sebagaiman yang kita sedia maklum, pada 15 Julai 2009 akan datang, genaplah usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam 63 Tahun.
Oleh itu, sebagai menzahirkan rasa syukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala dan taat setia kita kepada raja sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala, maka marilah kita hadir ke masjid-masjid, surau-surau dan balai ibadat di seluruh negara bagi sama-sama membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Kesyukuran pada petang hari Selasa, 14 Julai 2009.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya :
“Dari A’uuf bin Malik dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda : Sebaik-baik pemimpin kamu ialah yang kamu kasihi mereka dan mereka mengasihi kamu dan mereka mendoakan kamu dan kamu mendoakan mereka.” (Riwayat Al-Imam Muslim).
Oleh yang demikian, wahai kaum Muslimin, jadikanlah diri kita golongan hamba-hamba yang sentiasa taat dan patuh kepada Allah dan Rasul-Nya serta Ulil Amri (raja atau pemimpin). Sama-samalah kita berdoa semoga raja kita yang dikasihi dilanjutkan usia, sihat walafiat dan kekal karar memerintah negara dengan adil dan saksama di bawah perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala dan negara kita akan terus aman makmur di bawah kepimpinan baginda. Amin Ya Rabbal’alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ali ‘Imran ayat 28, tafsirnya : “Janganlah orang-orrang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi Aulia’-aulia’ (pemerintah) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali kerana memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diri-Nya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.”

No comments:

guest number?